diet suku suku separuh

Diet Suku Suku Separuh

Diet suku suku separuh adalah satu konsep diet kurus yang popular dalam kalangan warga Malaysia. Konsep ini kian popular setelah semakin ramai yang berkongsi hasil berat badan mula turun apabila mengamalkan suku suku separuh diet ini secara konsisten. Nak tahu lebih lanjut? boleh teruskan membaca slot perkongsian ini.

Secara asasnya diet suku suku separuh kkm ini masih mengekalkan konsep mengawal pengambilan kalori agar tidak lebih daripada keperluan kalori harian, situasi ini dinamakan defisit kalori. Untuk kurus anda mestilah berada dalam kondisi defisit kalori secara konsisten dalam satu-satu masa.

Menu Diet Suku Suku Separuh 

Apabila bercakap mengenai menu diet suku suku separuh ini tidaklah terlalu rumit, anda masih boleh menikmati hidangan harian seperti biasa tetapi dengan portion yang berbeza. Untuk lebih jelas tentang portion diet suku suku separuh ini adalah seperti berikut:

SEPARUH pinggan : Serat & buah-buahan (sayuran & buah-buahan)

SUKU pinggan : Protein (ikan, ayam, dan daging)

SUKU pinggan : Karbohidrat (nasi, roti, dan bijirin)

Jika dilihat darisegi portion nutirisi, diet ini melebihkan sumber serat sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan harian, manakala protein dan karbohidrat berada dalam jumlah suku pinggan sahaja. Konsep ini sesuai untuk kurus kerana rata-rata sayuran dan buah-bahan mempunyai jumlah kalori yang rendah berbanding hidangan lain. 

Untuk dapatkan hasil yang lebih cepat, anda dicadangkan untuk menyediakan hidangan yang dimasak dengan sihat atau eat clean. Terdapat banyak cara dan menu yang anda boleh rujuk untuk menyedikan hidangan diet suku suku separuh ini. Berikut adalah beberapa jenis makanan eat clean yang anda boleh cuba di rumah: 

Separuh pinggan (serat):
Bahan makanan ini anda boleh rebus , steam , bakar, ataupun makan mentah sahaja.

  • Tomato
  • Salad
  • Bendi
  • Jagung
  • Kubis
  • Asparagus
  • Brokoli
  • Kacang hijau
  • Timun
  • Ubi keledek
  • Betik
  • Jambu
  • Nenas
  • Epal
  • Buah naga
  • Orange
  • Avocado

Suku pinggan (protein):
Bahan makanan untuk portion anda boleh bakar, salai, rebus, dan steam.

  • Semua jenis ikan
  • Ayam, terutamanya dada ayam
  • Daging
  • Telur
  • Tempe

Suku pinggan (karbohidrat):
Bahan makanan untuk portion ini sebaiknya diambil dalam jumlah yang sedikit.

  • Nasi putih
  • Nasi perang (lebih baik)
  • Roti 
  • Bijirin 

Pinggan Diet Yang Sesuai

Salah satu tarikan yang menarik dalam diet suku suku separuh ini adalah berkaitan pinggan yang digunakan. Untuk mengamalkan diet ini adalah lebih bagus jika anda mempunyai pinggan khas yang lengkap dengan portion suku suku separuh. Untuk sesetengah orang pula mempunyai pinggan sukusukuseparuh ini boleh menjadi membakar semangat untuk terus konsisten dalam diet. 

Berikut adalah beberapa jenis pinggan yang boleh anda beli di Shopee, koleksi pinggan ini adalah yang paling popular dan telah terjual sebanyak lebih ribuan unit. Anda boleh menekan butang Shopee yang disediakan di bawah. 

Resepi Perap Dada Ayam Untuk Diet

Jika diperhatikan dalam DSSS ini bahagian yang paling sukar untuk disediakan adalah pada cara untuk menyediakan portion protein. Sumber protein ini perlu dimasak dengan cara betul agar ia lebih sihat dan kurang kalori. Masakan seperti goreng atau deep fried  adalah satu cara yang salah dalam menyediakan sumber protein ini. 

Disini kami kongsikan resepi perap ayam daripada Nurul Izzah Zalani, anda boleh bakar atau masak di atas non stick bersama minyak zaitun untuk lebih sihat. Hantar di laman facebook ini telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian oleh warganet. Berikut adalah cara perap yang dikongsikan:

Sate Ayam

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serai
  • Serbuk jintan manis & putih
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Garam
  • Madu & gula
diet suku suku separuh

Ayam Tandoori

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada hitam
  • Yogurt asli
  • Jus lemon
  • Garam
  • Garam masala
diet suku suku separuh

Ayam Limau Ketumbar

  • Serbuk paprika
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk lada hitam
  • Daun ketumbar segar
  • Jus lemon nipis
  • Garam
diet suku suku separuh

Ayam Peri-Peri

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi merah
  • Lada benggala merah
  • Daun oregano kering
  • Serbuk paprika
  • Cuka makan
  • Jus lemon
  • Serbuk lada hitam
  • Madu & gula
  • Garam
diet suku suku separuh

Teriyaki Chicken

  • Kicap 
  • Madu
  • Bawang putih cincang
  • Halia cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang holland
  • Garam
diet suku suku separuh

Fajita Chicken

  • Madu
  • Serbuk cili
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk paprika
  • Serbuk bawang
  • Serbuk bawang putih
  • Jus limau nipis
  • Garam
diet suku suku separuh

Yogurt Curry Chicken

  • Yogurt asli
  • Serbuk kari
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Bawang putih cincang
  • Garam
diet suku suku separuh

Spiced Chicken

  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Serai
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam

Untuk rasa lebih sedap anda boleh simpan ayam yang diperap bersama perapan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ini membolehkan khasiat herba dan rempah tadi meresap ke dalam isi ayam dan menjadi ia lebih sihat dan enak. 

Resepi Diet Suku Suku Separuh 

Bagi anda yang mencari idea untuk hidangan harian anda, disini kami turut kongsikan beberapa menu hidangan diet suku yang dikongsikan oleh saudari Cik Wan Eza untuk rujukan anda. Anda boleh jadikan aneka menu ini sebagai ilham untuk diet anda. 

diet suku suku separuh

Menu 1

Ayam panggang
Timun merah
Timun hijau
Daun salad
Kacang almond
Nasi putih

diet suku suku separuh

Manu 2

Ayam rebus + black pepper
Tomato ceri
Kurma
Daun salad
Kiwi
Nasi putih

diet suku suku separuh

Menu 3

Kerabu ayam + tomato + cili
Tomato ceri
Kurma
Buah aprikot
Timun hijau
Nasi putih

diet suku suku separuh

Menu 4

Ayam panggang
Sayur sawi
Tomato
Cendawan rebus
Cheese
Nasi putih

diet suku suku separuh

Menu 5

Ikan salmon panggang
Tomato 
Kuah black pepper
Brokoli
Nasi putih

diet suku suku separuh

Menu 6

Dada ayam pangang
Buah naga
Buah jambu
Blueberry
Tomato ceri
Kacang broad

diet suku suku separuh

Menu 7

Ayam rebus
Anggur
Tomato ceri
Timun hijau
Kacang panjang
Telur kuning
Nasi putih

Anda boleh mengolah resepi rujukan ini mengikut kewangan semasa anda dan juga selera anda sendiri. Yang paling penting disini adalah pastikan pengambilan jumlah kalori masih terkawal dan dibawah keperluan kalori harian anda. Paling penting juga pastikan anda memilih cara memasak yang sihat seperti panggang, bakar, salai, rebus dan juga steam sahaja, jangan sesekali deep fried sumber protein anda. 

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Bengkung Bersenam : https://shp.ee/mtbh6gp

Krim Panas : https://shp.ee/9pgcjnp

Set Bertungku : https://shp.ee/awcahap

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi anda yang bercadang untuk memulakan diet yang santai dan tidak terlalu ketat, bolehlah mencuba diet suku suku separuh ini. Konsep diet ini tidak memerlukan anda untuk menahan lapar, sebaliknya anda boleh kekalkan menu makanan harian anda tetapi pada portion yang berbeza.

Jika anda memerlukan keperluan seperti pinggan diet suku yang sesuai, anda boleh juga dapatkan melalui butang Shopee yang kami sediakan. Jangan lupa juga untuk tebus voucher percuma yang kami sediakan di hujung artikel ini ya. Anda mencari menu sarapan pagi yang terbaik? Boleh terus ke artikel Menu Diet Sarapan Pagi sihat. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top