Perbezaan Minyak Zaitun & Minyak Kelapa Dara

Terdapat berpuluh-puluh jenis minyak yang dijual untuk para pengguna. Sebagai pengguna haruslah bijak dalam memilih jenis minyak yang bagus untuk kesihatan. Antara jenis minyak yang dikatakan bagus untuk kesihatan adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Persoalannya, apakah berbezaan minyak zaitun dan minyak kelapa? Yang mana lebih baik untuk kesihatan? 

Minyak zaitun dan minyak kelapa dara minyak berkhasiat. Secara asasnya kedua-dua minyak zaitun dan minyak kelapa dara mempunyai kebaikan beserta sedikit perbezaan dari segi nutrisi.

Khasiat minyak zaitun

Minyak zaitun adalah minyak yang mengandungi omega 6 asid lemak yang tinggi. Kandungan omega 6 asid lemak yang tinggi ini akan menyebabkan tubuh mudah berlaku keradangan. Namun percaya atau tidak minyak zaitun adalah satu-satu minyak anti keradangan walaupun kandungan omega 6 tinggi. 

Minyak zaitun sangat sesuai untuk dicampur di dalam salad sayur. Ini kerana minyak zaitun mengandungi phytonutrients yang mempunyai pelbagai khasiat diperlukan untuk tubuh, lebih banyak khasiat dari vitamin dan mineral. Asid lemak yang tinggi dalam minyak zaitun menjadikan minyak zaitun bagus untuk tubuh memandangkan badan manusia tiada sumber untuk hasilkan asid lemak sendiri. 

Antara asid lemak (fatty asid) dalam minyak zaitun yang diperlukan untuk tubuh manusia adalah:

  1. Oleic acid 83%
  2. Linolenic acid 21% 
  3. Palmitic acid 20%

Kebaikan asid lemak (fatty acid) 

  1. Menghalang kanser
  2. Membaiki joint badan
  3. Tidur lebih nyenyak
  4. Menghalang keradangan 
  5. Nutrisi untuk mata
  6. Bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan

Kebaikan utama minyak zaitun adalah minyak zaitun baik untuk jantung. Ini kerana minyak zaitun boleh menstabilkan parasa gula di dalam darah untuk membantu mengurangkan insulin. Minyak zaitun berfungsi untuk membaiki dan melindungai saluran arteri pada jantung.

Khasiat minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara mengandungi 92% lemak tepu (saturated fat). Mungkin ramai yang beranggapan lemak tepu ini berbahaya namun itu silap, kajian menunjukkan lemak tipu tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan pada organ badan. Lemak tipu bukanlah jenis lemak merosakkan saluran arteri dan menyebabkan jantung tersumbat.

Minyak kelapa dara juga baik untuk imun badan disebabkan mengandungi lauric acid. Lauric acid ini adalah sumber yang banyak terdapat di dalam susu ibu dan minyak kelapa. Lauric acid ini akan menyokong sistem imun seperti microbial. Lauric acid juga bertindak menyokong bakteria baik flora dan memusnahkan mikro patogen. Seperti minyak zaitun, minyak kelapa juga mengandung phytonutrients yang diperlukan oleh badan berbanding vitamin dan mineral. 

Minyak kelapa sesuai dicampur ke dalam kopi dan diminum setiap hari. Resepi kopi dan minyak kelapa ini sangat biasa diamalkan dalam kalangan mereka yang mengamalkan keto diet. Ini kerana minyak kelapa ini tidak memerlukan enzim untuk dicerna maka minyak kelapa akan memberi tenaga terus kepada tubuh. 

Minyak kelapa dara juga berfungsi untuk menurunkan kolestrol jahat LDl dan meningkatkan kolestrol baik HDL.

Akhir kata

Jika dinilai perbezaan minyak zaitun dan minyak kelapa dara sebenarnya kedua-dua memiliki khasit yang hampir sama dan baik untuk organ tubuh manusia. Anda sebagai pengguna boleh memilih untuk menggunakan salah satu atau kedua-keduanya sekali.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Minyak Zaitun : https://shp.ee/ffzi5yq

Minyak Kelapa Dara  : https://shp.ee/q554t68

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
Coconut Oil vs Olive Oil: Which is Better? – Dr.Berg: https://youtu.be/BCVvw-ReyBE

Scroll to Top