Table of Contents
Anda mencari serum untuk parut jerawat? Mempunyai parut jerawat yang jelas di permukaan kulit adalah antara perkara yang paling ditakuti orang ramai. Dengan ada parut pada kulit muka sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi imej takkala keluar rumah untuk urusan penting. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan serum hilangkan parut jerawat di watson.
Apa Itu Serum Untuk Parut Jerawat?
Jika diteliti, antara pertanyaan yang banyak dan kerap kali diajukan di kaunter watson adalah mengenai serum hilangkan parut jerawat. Secara praktikalnya serum adalah krim yang disapu pada kulit muka selepas mencuci muka dan sebelum memakai pelembap. Fungsi utama serum adalah untuk merawat kulit, serum mengandungi ramuan bahan aktif yang cair dan tidak pekat bagi memudahkan penyerapan kulit.
Disebabkan saiz molekul serum ini kecil ia boleh menyerap ke dalam kulit dalam masa yang singkat dan berkesan, proses ini perlu untuk merawat sel kulit yang rosak. Maka oleh itu, serum sangat sesuai digunakan sebagai krim untuk menghilangkan parut jerawat.
4 Serum Hilangkan Parut Jerawat Di Watson Mall
Neutrogena (Hydrating Serum)
Mungkin ada yang tertanya, kenapa serum ini berfungsi untuk melembap? Sedangkan sudah ada fungsi melembap kulit pada pelembap? Serum ini mempunyai molekul yang lebih kecil daripada pelembap, maka ia digunakan untuk menyerap dan melembapkan ke dalam sel kulit muka. Serum ini juga sangat sesuai diamalkan untuk mengatasi masalah kulit kering dan parut.
Sephora Ultra Glow Serum (Brightening Serum)
Kebaikan serum ini adalah ia berfungsi untuk mencerahkan kulit muka. Apabila warna tona kulit muka mulai cerah, maka parut jerawat akan mula hilang dari permukaan kulit muka. Selain menghilangkan parut, serum ini sangat sesuai untuk kulit yang kusam dan bertompok-tompok. Terdapat banyak jenama brightening serum, dicadangkan anda mendapatkannya di farmasi atau watson yang berdekatan.
Eucerin Pro Acne (Acne Fighting Serum)
Kelebihan serum ini adalah menghalang jerawat daripada merebak dan membengkak. Bahan di dalam serum ini akan melawan pembentukan bakteria pada jerawat dan membantu proses anti inflammatory pada kulit. Maka apabila jerawat cepat sembuh, risiko kulit anda untuk mengalami parut adalah rendah. Serum ini boleh diamalkan oleh mereka yang mempunyai jerawat yang masih aktif, pastikan anda memilih serum yang betul.
Nutox Advanced Serum (Anti-aging Serum)
Sesuai dengan namanya, serum ini berfungsi untuk merawat kulit yang mengalami proses penuaan. Tanda penuaan pada kulit muka adalah apabila mula muncul kedutan dan lapisan kulit di bahagian dahi, tepi mata, dan tepi bibir. Walaupun serum ini khas untuk merawat penuaan, ia juga membantu untuk membaiki sel kulit rosak termasuklah hasil daripada parut jerawat. Selain itu, ramuannya yang boleh mencerahkan wajah juga boleh menghilangkan kesan parut jerawat di muka.
Serum Untuk Parut Jerawat & Sihatkan Kulit Muka
Parut terhasil adalah disebabkan tumbuhnya jerawat, daripada jerawat itulah akan meninggal kesan parut pada wajah. Jadi sebelum anda memikirkan jenama serum hilangkan parut jerawat di watson, anda perlu terlebih dahulu perlu menjaga kesihatan kulit agar proses rawatan hilangkan parut jerawat dengan cepat.
Walaupun serum ini tidak memberi kesan secara langsung dalam menghilangkan parut jerawat, yang pasti fungsi serum ini boleh memperbaiki sel kulit dan menjadikan kulit anda lebih sihat. Apabila kulit sihat maka mudah untuk anda merawat parut jerawat anda.
Langkah seterusnya adalah untuk kenal pasti situasi kulit anda dan dapatkan serum yang sesuai untuk masalh kulit anda. Anda boleh juga menggunakan 2 jenis serum disebabkan mempunyai masalah yang berlainan. Tetapi anda harus selang selikan penggunaan agar tidak berlaku kesan sampingan pada kulit.
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Serum adalah sebahagian daripada krim kosmetik untuk tujuan penjagaan kulit muka. Walaupun ia hanya sebahagian, namun fungsi serum juga boleh menghilangkan parut jerawat dengan berkesan jika diamalkan dengan konsisten dan betul. Pastikan anda mendapatkan serum-serum ini di watson kerana lebih dipercayai ataupon anda boleh dapatkan secara dalam talian sahaja di watson mall shopee.