cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari

9 Cara Nak Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa 1 Hari

Kesan parut jerawat sudah semestinya akan memberi kesan kepada luaran seseorang individu. Masalah utama bagi mereka yang mengalami kulit berjerawat adalah kesan parut jerawat apabila sembuh. Berita baiknya, terdapat cara untuk menghilangkan parut jerawat ini, maka di dalam artikel ini kami kongsikan cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari.

Tempoh Parut Jerawat Hilang

Bolehkah parut jerawat hilang dalam masa 1 hari? Persoalan inilah yang banyak diterima daripada seseorang yang mengalami kesan parut jerawat. Jawapan terbaiknya adalah parut jerawat memerlukan tempoh masa untuk hilang. Ini kerana kesan parut jerawat ini memerlukan masa dan rawatan yang khusus bagi setiap jenis parut jerawat itu sendiri.

Jenis Parut Jerawat

  • Parut berkawah/lekuk @ physical scaring
  • Parut berwarna hitam @ hyperpigmentation (post inflammatory) 

Rawatan Parut Jerawat Berlubang

Jika anda mempunyai parut yang berkawah atau berlubang, anda perlu untuk membuat rawatan yang khusus kerana parut jenis berkawah ini tidak boleh sembuh dengan menggunakan produk sapuan krim. 

Rawatan terbaik untuk parut jenis berkawah ini adalah dengan menggunakan rawatan laser ataupun microneedling. Rawatan ini bertujuan untuk membuat luka-luka halus pada kawasan kulit yang berparut, hasilnya secara semulajadi nya badan akan menghasilkan kolagen dan tisu kulit yang baru yang lebih cantik dan kemas maka lubang parut jerawat akan semakin hilang. Rawatan microneedling memerlukan beberapa sesi bergantung kepada keadaan lubang pada parut jerawat.

Rawatan Parut Jerawat Hitam

Untuk parut jerawat hitam ini adalah disebabkan lebihan pengeluaran melanin. Paru jerawat jenis ini tidak membentuk sebarang kawah atau lekuk pada permukaan kulit sebaliknya menunjukkan warna hitam dan ada kalanya berwarna merah gelap. Selain daripada berpunca daripada jerawat, parut hitam ini juga boleh berpunca daripada kesan cahaya matahari mahupun hormon yang tidak stabil dalam badan.

Parut jerawat hitam ini akan hilang dan sembuh dengan sendiri dalam tempoh masa tertentu. Namun jika kawasan bekas jerawat itu terlalu dalam akan mengakibatkan parut ini kekal. Walau Bagaimanapun masih terdapat cara untuk menghilangkan parut jerawat ini antaranya adalah dengan menggunakan produk krim.

4 Petua Nak Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa Singkat

Terdapat beberapa amalan atau petua untuk menghilangkan bekas perut jerawat yang boleh diamalkan. Kelebihan petua ini adalah anda tidak perlu untuk mengeluarkan kos yang banyak untuk mengamalkannya.

Pengambilan Vitamin C Dan E

Untuk merawat parut jerawat sudah semestinya dan memerlukan kulit muka yang sihat, oleh itu pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin terutamanya vitamin C dan vitamin E penting untuk memberikan nutrisi untuk kulit. 

Anda boleh mengamalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti sayuran hijau, buah avokado, dan juga kekacang. Untuk vitamin C pula anda boleh mengamalkan memakan buah seperti limau ataupun jus limau. Vitamin C ini juga terkenal sebagai sumber antioksidan yang bagus untuk tubuh badan

Menggunakan Madu

Madu juga adalah bahan semulajadi yang bagus untuk merawat jerawat dan parut jerawat. Petua tradisional menggunakan madu sebagai pelembab untuk kulit muka. Dengan menjadikan madu sebagai krim sapu pada jerawat boleh bertindak sebagai anti keradangan dan juga antibakteria. 

Campurkan madu dan serbuk kunyit dan sapu pada bahagian jerawat boleh membantu untuk menghilangkan jerawat dan seterusnya mengurangkan risiko parut jerawat wujud. 

Air Kosong

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa minum air yang cukup boleh membantu kulit untuk menjadi lebih sihat dan cantik. Ini kerana kulit memerlukan kelembapan yang optima untuk sihat, dengan mengamalkan minum air yang cukup boleh mengelakkan kulit menjadi kering dan tidak sihat, apabila kulit sihat maka mudah untuk sel kulit membaiki sel-sel kulit yang rosak disebabkan jerawat. Maka mula amalkan minum air kosong yang cukup setiap hari.

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara adalah salah satu minyak yang kaya dengan sumber fatty acid omega, bahan inilah yang bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Apabila kulit muka berada dalam keadaan baik, maka lebih mudah kulit untuk sembuh daripada parut jerawat.

Caranya adalah sangat mudah, setiap hari sapu sedikit minyak kelapa dara di bahagian muka dan parut jerawat, elakkan menggunakan dalam kadar yang banyak.

5 Produk Nak Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

Retinol @ Vitamin A

Cara hilangkan parut jerawat paling terbaik dan terkini adalah dengan mengunakan bahan aktif retinol. Retinol adalah bahan aktif yang asalnya digunakan di dalam produk untuk hilangkan kedutan dan garis halus pada permukaan wajah. Setelah penggunaannya sekian lama, kajian turut mendapati retinol ini juga boleh membantu untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat. 

Sejak itu, kini terdapat banyak produk skincare yang telah diformulasikan dengan ramuan retinol khas untuk hilangkan parut jerawat di wajah. Antara produk retinol yang popular dengan harga mampu beli di Malaysia adalah The Ordinary Retinol 0.5% in Squalane. boleh tekan butang Shopee di bawah untuk terus ke laman pembelian dalam talian. 

Niacinamide (Vitamin B3)

Kebaikan vitamin B3 ini adalah membantu untuk mencerahkan kulit terutamanya di kawasan berparut. Parut jerawat sudah semestinya akan meninggalkan kesan tompok yang gelap dan berwarna tidak sekata berbanding kulit normal. Jadi dengan mengamalkan vitamin b3 ini boleh mencerahkan bekas parut sehingga kelihatan seperti kulit normal.

Terdapat banyak produk yang berasaskan niacinamide ini di pasaran, antara yang paling popular adalah jenama The Ordinary.

Ascorbic Acid (Vitamin C)

Selain vitamin B3, vitamin C juga terkenal sebagai bahan yang bagus untuk kulit muka. Selain boleh mencerahkan kulit muka, vitamin C mempunyai kelebihan boleh memberikan kelembapan semulajadi pada kulit. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C dalam produk boleh membantu proses pertumbuhan sel kulit. Jadi jika anda mempunyai parut pada kulit, cuba amalkan serum vitamin C untuk mencepatkan proses salin kulit. 

Pastikan anda memilih produk vitamin C yang berkualiti bagi mengelakkan sebarang masalah pada kulit anda. Antara jenama yang popular adalah vitamin C serum daripada jenama The Ordinary.

Alpha Arbutin

Selain daripada vitamin C dan vitamin B3, anda juga boleh menggunakan produk yang berasaskan alpha arbutin. Bahan ini lebih kuat kesannya daripada vitamin B3 dan C. fungsi utama kandungan ini adalah boleh memperlahan proses penghasilan melanin pada kulit.

Exfoliation

Selain daripada menggunakan 3 bahan aktif seperti di atas, anda juga boleh mengamalkan kaedah Exfoliation pada kulit. Tetapi bagi cara ini elakkan daripada mengamalkan setiap hari kerana boleh mengakibatkan kulit menipis dan rosak. Terdapat 2 jenis Exfoliation yang biasa diamalkan iaitu:

Chemical Exfoliation

Chemical Exfoliation ini adalah cara menggunakan bahan AHA atau BHA. fungsi kedua-dua bahan ini adalah dengan menghapuskan sel kulit mati dan membantu untuk menghasilkan sel kulit baru. 

Physical Exfoliation

Physical Exfoliation ini pula adalah dengan menggunakan cara scrub kulit. Sama juga seperti Chemical Exfoliation, cara ini adalah untuk membuang sel kulit yang mati untuk menghasilkan sel kulit yang baru, tetapi dengan cara ini anda perlu memastikan jerawat anda betul-betul kering terlebih dahulu.  

Moisturizer

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan hal ini, penggunaan moisturizer juga penting dalam menghilangkan parut jerawat. Kulit memerlukan kelembapan yang bagus untuk kekal sihat, jika kulit anda kering dan kusam, cuba amalkan pengambilan moisturizer setiap hari. Kulit yang sihat akan mencepatkan proses pemulihan sel kulit mati dan menghilangkan bekas parut jerawat anda.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ternyata terdapat cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari tetapi tempoh parut jerawat hilang juga bergantung kepada keadaan semasa kesan parut itu sendiri. Cara terbaik untuk merawat parut adalah dengan mencegah jerawat daripada terjadi, jadi anda perlu tahu cara kecutkan jerawat bengkak bagi mengelakkan ia menjadi bekas parut jerawat yang dalam.

Kredit: ML Studios
Sumber Youtube ML Studios: Parut Jerawat: Punca dan Solusi

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top