Cara Kecutkan Jerawat Bengkak

9 Cara Kecutkan Jerawat Bengkak

Mempunyai kulit muka yang cantik dan bebas jerawat adalah impian bagi kebanyakan orang terutamanya kaum wanita. Jerawat yang tumbuh dengan banyak dan membengkak kemerah-merahan sudah pasti mengganggu keyakinan seseorang. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara kecutkan jerawat bengkak dengan cepat dan berkesan.

Apa Perlu Buat Bila Jerawat Bengkak

Sebelum mengetahui lebih lanjut berkenaan cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat, anda perlu terlebih dahulu tahu apa yang perlu dibuat apabila jerawat mulai bengkak. Terdapat beberapa jenis jerawat yang berpunca daripada pelbagai sebab. Jika jerawat anda mulai kelihatan bengkak dan bertukar warna merah anda perlu untuk melakukan beberapa perkara seperti:

  • Elakkan daripada menyentuh jerawat dengan kerap, untuk mengurangkan jangkitan bakteria pada jerawat
  • Kerap cuci muka dengan air bersih, untuk memastikan kulit muka sentiasa bersih dari sebarang jenis kuman. 
  • Jika jerawat mula pecah dan berdarah, boleh tampal acne patch untuk mencepatkan proses kesembuhan

4 Petua Hilang Dan Kecutkan Jerawat Bengkak

Terdapat beberapa cara untuk kecutkan jerawat yang bengkak, salah satunya adalah dengan menggunakan petua tradisional atau dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi. Antara petua yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

Aspirin 

Terdapat juga cara untuk hilang dan kecutkan jerawat dengan menggunakan tablet aspirin. Aspirin yang mempunyai kandungan bahan salicylic acid yang berfungsi mengurangkan inflamasi pada kulit yang berjerawat. 

Cara menggunakannya sangat mudah, apa yang perlu anda buat adalah menggunakan serbuk aspirin atau tablet yang dipecahkan hingga hancur. Campurkan sedikit air suam, uli hingga menjadi seperti paste krim, sapu dan lekatkan pada kawasan yang berjerawat sambil urut dengan lembut. Jerawat akan hilang dalam masa semalam!

Lendir Lidah Buaya

Menggunakan daun lidah buaya juga adalah salah satu petua tradisional untuk menghilang jerawat yang bengkak. Lendir yang terdapat di dalam lidah buaya adalah bahan semulajadi yang bagus untuk merawat kulit yang sakit dan terbakar termasuklah jerawat. Selain itu, bahan anti bakteria semulajadi dalam lendir lidah buaya juga bagus untuk membunuh kuman pada jerawat.

Ais

Mungkin ramai yang belum tahu akan kebaikan penggunaan ais batu untuk merawat jerawat yang bengkak. Ais batu boleh berfungsi untuk mengurangkan inflamasi pada bahagian kulit badan. Ini terbukti dengan meletakkan ais di kawasan jerawat membantu untuk mengurangkan warna kemerah-merahan. Ini akan menjadikan jerawat anda kurang kelihatan apabila berada di luar.

Bawang Putih

Bawang putih terkenal sejak dari dulu sebagai ubatan semulajadi yang bagus untuk tubuh badan manusia. Secara semulajadinya bawang putih bertindak sebagai antibakteri, anti fungal, dan antiseptik untuk tubuh badan. 

Kandungan allicin di dalam bawang putih sangat bagus untuk membasmi kuman yang menyebabkan jerawat, malah ia juga baik untuk kecutkan bengkak pada jerawat. Anda boleh sapukan keratan bawang putih pada jerawat atau boleh masukkan ke dalam masalah harian anda.

5 Produk Kecutkan Jerawat Bengkak

Selain daripada menggunakan petua untuk kecutkan jerawat, anda juga boleh menggunakan beberapa jenis produk yang terbukti dengan kajian saintifik boleh mengurangkan bengkak jerawat di kulit. Antara produk yang dicadangkan adalah:

Benzoyl Peroxide

Benzoyl peroxide ini adalah bahan yang bertindak sebagai exfoliator iaitu untuk membuang sel kulit mati dan membantu proses pertumbuhan sel kulit yang baru. Kebaikan Benzoyl peroxide ini juga bagus untuk membunuh kuman yang menyebabkan jerawat pada kulit. 

Namun, terdapat beberapa kekurangan Benzoyl peroxide iaitu bahan krim Benzoyl peroxide akan mudah terhakis apabila terkena pakaian. Bahan ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas, pastikan anda sapu pada bahagian jerawat sahaja. Untuk mengatasi masalah ini di cadangan anda memakai bersama moisturizer untuk membantu melembabkan kulit. 

Salicylic Acid

Salicylic acid ini juga bertindak sebagai chemical exfoliant untuk membuang sebarang sel kulit mati. Sel kulit mati yang tidak dibersihkan sepenuhnya juga akan menyebabkan wujudnya bakteria dan menyebabkan risiko jerawat. Selain membuang sel kulit mati, Salicylic acid juga bagus untuk membersihkan masalah whitehead dan blackhead. 

Jika anda ingin mengamalkan produk-produk jenis chemical exfoliant ini, anda harus menggunakan bersama moisturizer dan sunblock bagi menstabilkan pH dan kelembapan kulit muka anda. Jika anda inginkan kepastian lebih elok lah juga anda mendapat nasihat doktor yang berdekatan.

Sulphur

Terdapat juga produk yang menggunakan bahan sulphur untuk kecutkan jerawat pada kulit. Kebaikan utama bahan sulphur berbanding produk lain adalah ia membantu mengurangkan masalah minyak pada permukaan kulit. Sulfur ini juga boleh bertindak sebagai anti bakteri untuk membasmi kuman penyebab jerawat. 

Jika kulit anda sensitif dan tidak boleh menggunakan bahan chemical exfoliant, maka produk yang berasaskan bahan sulfur ini sesuai untuk dijadikan pengganti untuk kecutkan jerawat bengkak kerana kesannya lebih sedikit berbanding bahan chemical exfoliant.

Clindamycin

Clindamycin adalah bahan antibiotik yang digunakan untuk merawat jerawat. Fungsi antibiotik ini adalah untuk membasmi kuman yang menjadi punca timbulnya jerawat. 

Kekurangan produk yang berasaskan antibiotik ini adalah apabila digunakan secara berlebihan dan tidak terkawal, ia akan menyebabkan berlakunya resistance. Terdapat beberapa jenama Clindamycin yang terdapat di farmasi, anda boleh merujuk ahli farmasi untuk rujukan lanjut.

Tretinoin

Sebarang jenis produk yang menggunakan bahan Tretinoin memerlukan kelulusan doktor untuk digunakan. Tretinoin dihasilkan daripada vitamin A yang berfungsi untuk membuang sel kulit mati dan membersihkan pori-pori yang tersumbat. Tretinoin ini juga mempunyai kelebihan anti inflamasi yang baik untuk kecutkan jerawat yang bengkak. 

Namun, terdapat kesan sampingan yang kuat jika tidak digunakan dengan betul. Untuk produk yang berasaskan Tretinoin ini anda wajib memerlukan nasihat dari doktor pakar terlebih dahulu.

Akhir Kata

Cara kecutkan jerawat bengkak tidak sukar jika dilakukan dengan betul dan baik. Secara asasnya untuk kecutkan bengkak jerawat anda memerlukan bahan atau produk yang mempunyai fungsi anti-inflamasi untuk meredakan sel-sel kulit anda. Namun begitu, jika anda inginkan bantuan dengan lebih terperinci disarankan agar anda mendapat rujukan doktor pakar yang berdekatan.

Kredit: Siti Awe 
Sumber Youtube Siti Awe: Ubat Jerawat Apa Paling Berkesan?

error: Content is protected !!
Scroll to Top