Bedak Sejuk Hilangkan Parut Jerawat

Bedak Sejuk Hilangkan Parut Jerawat

Bedak sejuk adalah satu rawatan kulit muka yang popular dan diamalkan sejak dari dulu lagi oleh kaum wanita. Disebabkan penggunaan bedak sejuk ini murah dan mudah, krim bedak sejuk ini masih digunakan hingga kini.

Antara kebaikan bedak sejuk adalah:

  • Menyejukkan kulit muka
  • Melicinkan kulit
  • Mengurangkan minyak pada kulit muka
  • Membaiki sel kulit mati

Disebabkan bedak sejuk mempunyai banyak kebaikan untuk kulit, maka ia juga bagus untuk dijadikan rawatan untuk menghilangkan parut jerawat. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis bedak sejuk hilangkan parut jerawat. Apa yang menariknya cara membuat bedak sejuk ini sangat mudah dan yang paling penting berkesan.

Bedak Sejuk & Asam Jawa

Rawatan menghilangkan parut jerawat ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial facebook Muyassarah Samad. Krim bedak sejuk ini memerlukan 3 jenis bahan sahaja iaitu:

  • Bedak sejuk
  • Asam jawa
  • Air kosong

Cara adunan bedak sejuk ini sangat mudah, pertama sekali ambil satu sudu asam jawa dan campurkan dengan air kosong. Kacau hingga menjadi seperti krim, kemudian barulah campurkan bedak sejuk. Kacau sekali lagi hingga semuanya sebati, jika terlalu kering boleh tambah air kosong.

Ramuan yang digunakan adalah daripada 100% bahan semulajadi tiada bahan kimia, maka ia bagus untuk semua jenis kulit. Menurutnya lagi, petua ini diperoleh dan diamalkan sejak beberapa tahun lepas lagi dan telah terbukti menghilangkan parut jerawat. Campuran bedak sejuk dan asam jawa ini dijadikan krim dan disapu pada kulit muka pada setiap malam sebelum tidur.

Bedak Sejuk & Minyak Zaitun

Tidak dinafikan minyak zaitun banyak kegunaannya untuk kesihatan tubuh badan, termasuklah pada organ kulit. Oleh itu, terdapat juga ramuan bedak sejuk dan minyak zaitun yang digunakan untuk tujuan menghilangkan parut jerawat. 

Perkongsian ini adalah daripada Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja yang menjadikan bedak sejuk ini sebagai krim sapu pada setiap malam sebelum tidur, dan hasilnya parut jerawat mulai hilang. Yang menariknya kos untuk membuat bedak sejuk ini tidaklah mahal dan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja.

Bahan-bahan adalah:

  • Bedak sejuk
  • Minyak zaitun
  • Lemon

Cara membuatnya sangatlah mudah iaitu mulakan dengan campurkan bedak sejuk dengan air lemon. Kemudian masukkan sedikit minyak zaitun kacau hingga sebati, jika kering boleh tambah air untuk membentuk tekstur krim untuk muka. 

*Jika kulit anda masih mempunyai luka jerawat gantikan air lemon dengan air kosong sahaja bagi mengelakkan rasa pedih

Menurut Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja, untuk mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan sepanjang mengamalkan ramuan bedak sejuk ini, elakkan atau berhenti terus daripada meminum sebarang jenis minuman yang mengandungi kafein, seperti kopi dan teh. 

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Akhir Kata

Ternyata bedak sejuk banyak kebaikannya termasuklah dalam membaiki sel kulit mati dan seterusnya menghilangkan parut jerawat. Bedak sejuk hilangkan parut jerawat ini sudah semestinya perlu diamalkan secara konsisten untuk kesan yang cepat dan berkesan. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top