Produk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Di Watson

6 Produk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Di Watson

Salah satu masalah yang sering dialami oleh ramai kaum wanita adalah masalah jerawat dan bekas parut jerawat. Apabila kulit muka mula berjerawat, pasti ia mengganggu keyakinan luaran seorang wanita, tambahan pula jika meninggalkan kesan parut yang hitam di muka dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, pasti akan mengganggu aktiviti harian seseorang. Oleh sebab itu, di dalam artikel ini kami kongsikan produk hilangkan parut jerawat berlubang di watson.

Parut Jerawat Berlubang Boleh Hilang?

Pertama sekali perlu ingat bahawa parut jerawat berlubang yang ketara dan dalam perlu menjalani rawatan yang khusus daripada doktor pakar kulit seperti rawatan laser dan needling. Parut jerawat jenis berlubang ini tidak boleh dirawat dengan hanya menggunakan krim luasan sahaja kecuali jika parut jerawat itu masih baru dan lubang tidak terlalu dalam.

Untuk kali ini kami kongsikan satu hantaran di laman sosial facebook berkenaan bagaimana pengalaman seorang pengguna facebook bernama Lina Shaari yang mengalami masalah parut jerawat berlubang di muka. 

Hantaran tersebut telah mendapat lebih puluhan ribu perkongsian dari warganet berkenaan produk hilangkan parut jerawat berlubang, yang lebih penting lagi semua produk yang dikongsikan boleh didapati di watson sahaja. 

Kredit Facebook: Lina Shaari

Menurut Lina Shaari, jerawat boleh berlaku disebabkan beberapa sebab antaranya adalah penggunaan produk kosmetik yang salah, [email protected], hormon tidak stabil, alergi makanan dan kurang menjaga kebersihan kulit muka. Lebih teruk juga jerawat membengkak menjadi besar dan meninggalkan parut pada kulit muka.  

Produk yang dikongsikan ini juga sesuai juga untuk masalah kulit lain seperti selulit, stretch mark, dan parut muka. Menurut Lina Shaari juga untuk mendapatkan hasil yang berkesan dan produk ini mestilah digunakan secara konsisten setiap masa.

6 Produk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Di Watson Mall

Dermatix Advanced Scar

Produk ini di formulasi untuk menyembuhkan parut di kulit dengan menggunakan sumber vitamin C yang boleh menegang, melembut, dan meratakan parut jerawat. Vitamin C ini juga berfungsi untuk memberi lapisan perlindungan kulit daripada kering dan kusam. 

Cara penggunaan:

  • Bersihkan kulit muka dengan cleanser
  • Picit sedikit dermatix advanced scar kemudian sapu perlahan di kawasan parut
  • Biarkan krim kering selama 1 ke 2 minit
  • Dermatix advanced scar juga boleh berfungsi sebagai sunblock untuk kulit anda.

Rosken Bio Serum

Serum diformulasi dengan ramuan vitamin A dan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan pada kulit. Kebaikan serum ini adalah seperti berikut:

  • Menghilangkan parut
  • Mencerahkan tona kulit
  • Menegangkan kulit
  • Melembabkan kulit kering dan kusam

Fungsi antioksidan serum ini membantu kulit untuk sembuhkan bekas parut jerawat dan menjadikan kulit muka lebih awet muda. Anda boleh dapat serum ini secara dalam talian di Shopee Watson Mall.

Mederma Gel

Moderma adalah produk yang dihasil untuk tujuan rawatan kulit yang berparut. Dibuktikan dengan kajian dan percubaan daripada ahli farmasi untuk menghilang parut kesan jerawat.

Gel ini mempunyai ramuan cepalin, allantoin, dan aloe vera yang berfungsi membantu cepatkan proses kitaran kulit mati dan mengurangkan sebarang inflamasi pada kulit. Gel ini mempunyai aroma yang wangi dan mudah untuk digunakan setiap hari.

Hiruscar Gel

Gel yang diformulasi khas untuk pelbagai jenis parut jerawat. Gel ini mempunyai tekstur yang cepat serap dan jernih. Ramuannya diformulasi untuk membantu kulit untuk lebih lembut dan lembab. 

Ramuan gel

  • Mucopolysaccharide
  • ALLIUM CEPA
  • Aloe Vera
  • Allantoin
  • Vitamin B3
  • Vitamin E

*Elakan sapu pada bahagian kulit yang luka atau jerawat yang masih belum kering, dilarang penggunaan untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, untuk kegunaan luaran sahaja

Bio Oil

Produk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Di Watson

Krim sapuan luaran ini direka khas untuk membaiki sel kulit yang berparut dan tona yang tidak sekata. Jenama Bio Oil juga telah memenangi lebih 126 anugerah penjagaan kulit dan menjadi jenama No. 1 dalam rawatan merawat parut jerawat. 

Krim Bio Oil ini hendaklah diamalkan minimum 3 bulan untuk melihat hasil yang berkesan. Selain berfungsi untuk menghilangkan parut pada kulit, krim bio oil ini juga bagus untuk memberi kelembaban pada kulit yang kering dan kusam.

*Untuk kegunaan luaran sahaja, elakkan terkena pada mata, jika terkena mata bersihkan dengan air bersih.

Minyak Kelapa Dara (VCO)

Produk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Di Watson

Minyak kelapa dara tidak asing lagi dalam dunia kecantikan terutama nya penjagaan kulit muka. Terdapat banyak produk kecantikan yang berasaskan minyak kelapa dara yang terdapat di pasaran. 

Kebaikan minyak kelapa dara

  • Menghilangkan parut jerawat dan stretchmark
  • Melembutkan kulit muka
  • Memberikan kelembaban pada kulit
  • Mengatasi masalah kulit berminyak

Cara makan minyak kelapa dara 

  • Pengambilan 2 biji sehari, 1 biji pagi dan 1 biji petang selepas makan
  • Boleh juga disapu pada kawasan kulit yang berparut dan berjerawat.

Akhir Kata

Terdapat banyak produk hilangkan parut jerawat berlubang di watson yang boleh didapati, namun untuk mendapatkan hasil yang baik anda perlu tahu jenis kulit anda dan konsisten amalkan produk yang betul dengan kulit muka. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda untuk mencari produk hilangkan jerawat di watson.  

error: Content is protected !!
Scroll to Top