cara hilangkan jerawat badan

Cara Hilangkan Jerawat Badan

Tahukah anda cara hilangkan jerawat badan? Masalah jerawat kerap kali dikaitkan pada bahagian kulit wajah, namun tahukah anda bahagian kulit pada anggota tubuh badan lain juga boleh tumbuh jerawat disebabkan beberapa faktor. Di dalam slot kali ini kami kongsikan info berkenaan jerawat pada badan. 

Masalah jerawat pada badan ini sudah pastinya mengganggu keyakinan seseorang apabila bersama pasangan. Malah jika jerawat semakin serius dan tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kulit yang kronik. Jika anda salah seorang yang mempunyai masalah jerawat ini, teruskan membaca hingga habis dan dapatkan beberapa produk krim yang kami sertakan di bawah.

Punca Jerawat Belakang Badan 

Ramai yang beranggapan jerawat badan terutamanya yang tumbuh di belakang badan ini tidak boleh dirawat. Namun sebenarnya jerawat badan ini boleh sembuh dengan rawatan dan penjagaan yang betul setiap hari. Sebelum mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara hilangkan jerawatn badan ini, berikut adalah beberapa punca terjadinya jerawat pada bahagian badan.

Lebihan Sel Kulit Mati

Mungkin ramai yang belum tahu, lapisan luar permukaan kulit adalah sel kulit yang telah mati atau sel mati. Jika lapisan sel kulit mati ini terlalu banyak @ tebal, ia akan menyebabkan kelenjar kulit menghasilkan sebum yang banyak dan berlebihan. 

Ini juga akan membuatkan berlakunya situasi liang pori tersumbat dan jerawat akan mulai tumbuh. Jika ia berterusan, kawasan liang pori tersumbat ini akan mengalami keradangan dan kemerahan disebabkan jangkitan bakteria. 

Jika diperhatikan jerawat badan ini banyak tumbuh di bahagian belakang badan, ini kerana kawasan belakang badan adalah kawasan yang kurang dibersihkan ketika mandi. Tambahan pula kotoran dan bakteria mudah terkena pada bahagian belakang semasa tidur dan duduk.

Hormon Tidak Seimbang

Selain masalah liang pori tersumbat, hormon yang tidak stabil juga boleh menjadi penyumbang kepada penghasilan sebum yang banyak pada permukaan kulit. Kebiasaanya masalah jerawat badan ini kerap berlaku kepada kaum lelaki, namun kaum wanita juga boleh mengalami masalah ini terutamanya bagi mereka yang ada masalah Polycystic Ovarian Syndrome iaitu masalah lebihan hormon androgen pada wanita, ini juga boleh menyebabkan jerawat badan tumbuh dengan banyak.

Pemakanan Tidak Seimbang

Diet harian yang tidak sihat juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat badan. Satu kajian menunjukkan mereka yang mengalami obesiti akan mengalami masalah hormon insulin yang boleh meransangkan penghasilan kelenjar minyak pada kulit. 

Golongan obesiti ini akan mempunyai masalah gula dalam darah yang terlalu tinggi dan memyebabkan hormon insulin turut teransang. Situasi ini juga menjadi sebab kenapa selera makan sentiasa tinggi dalam kalangan orang obesiti ini. 

Selain itu, lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan peluh dan kotoran mudah terkumpul anda menyebabkan jerawat pada badan. Ditambah pula dengan paten mandi yang tidak bersih dan menyumbang kepada masalah jerawat badan ini.

Cara Hilangkan Jerawat Badan

Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat pada wajah sudah pastinya mudah untuk hilang jerawat badan ini kerana proses untuk merawat masalah jerawat badan ini sama sahaja seperti jerawat di wajah. Berikut adalah beberapa jenis cara yang anda boleh lakukan serta beberapa produk khusus untuk jerawat yang anda boleh dapatkan secara dalam talian si Shopee dengan harga murah sahaja. 

Kerap mandi

Bagi anda yang mempunyai badan yang kerap berpeluh, anda perlu lebih berhati-hati kerana peluh yang berlebihan ini juga boleh menyumbang kepada masalah jerawat badan. Berpeluh dengan kerap ditambah pula dengan sel kulit mati yang banyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat dengan cepat. 

Selain itu, bagi individu yang gemar bersukan, pastikan anda kerap mandi dan bersihkan badan dengan tuala yang bersih. Ini bagi memastikan permukaan kulit sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada lebihan sel kulit mati dan bendasing. Tambahan, sebaiknya anda menggunakan baju sukan yang baru setaip kali bersukan, jangan sesekali recycle penggunaan baru sukan anda ya.

Material dan kebersihan pakaian

Baju anda juga boleh menjadi penyebab kepada masalah jerawat badan. Sebaiknya elakkan penggunakan baju yang ketat dan tiada pengudaraan yang baik. Elakkan mengenakan baju yang kotor atau yang digunakan berulang-ulang kali untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada kulit. 

Bagi anda yang sedang mengalami masalah jerawat badan, dicadangkan anda menggunakan pakaian yang baru dibasuh setiap kali mengenakan baju. Ini bagi menghalang segala kotoran yang boleh menyebabkan bakteria merebak ke kawasan jerawat dan menyebabkan keradangan atau kemerahan.  

Gunakan ubat @ krim jerawat

Sama juga seperti masalah jerawat pada kulit wajah, anda juga memerlukan ubat jerawat yang khusus untuk merawat jerawat. Ubat jerawat ini boleh jadi dalam bentuk sabun mandian, krim sapu, dan juga lotion. Terdapat banyak jenama dan produk merawat jerawat di pasaran, setiap produk ini mempunyai bahan aktif yang berbeza untuk merawat jerawat. Berikut adalah beberapa produk yang kami cadangkan khusus untuk jerawat badan.

Kesemua produk ini adalah rekomendasi daripada RadiantClinique pakar dalam masalah kulit dan aestehtic. Anda boleh dapatkan kesemua produk ini dengan menekan butang Shopee yang kami sediakan. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Derive (Exfoliate Bodywash)

PanOxyl (Body Wash)

cara hilangkan jerawat badan

Sulfur Soap

cara hilangkan jerawat badan

Adapalene Gel

cara hilangkan jerawat badan

Benzoyl Peroxide

cara hilangkan jerawat badan

Papulex

cara hilangkan jerawat badan

Salicylic Acid

Anda boleh memilih salah satu daripada senarai produk merawat jerawat yang dinyatakan di atas, pastikan anda tidak menggunakan lebih daripada dos yang ditetapkan. Baca dengan teliti arahan pada label setiap produk jerawat yang anda beli. Anda boleh klik butang Shopee yang ditetapkan untuk terus ke laman jualan Shopee setiap produk.

Jumpa doktor untuk rawatan lanjut

Walaupun terdapat banyak produk untuk merawat jerawat di pasaran, namun akan ada kes masalah jerawat tidak surut walaupun telah menggunakan banyak produk merawat jerawat. Untuk kes ini anda dinasihatkan untuk merujuk doktor pakar yang berdekatan untuk rawatan lanjut.

Ini kerana setiap orang mempunyai kulit yang berbeza, berkemungkinan ubat jerawat luaran tidak cukup untuk merawat masalah jerawat badan ini dan memerlukan bantuan rawatan dari dalam badan pula. Untuk kes ini rujuklah doktor berdekatan anda. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jerawat badan terutamanya di belakang badan adalah satu masalah kulit yang biasa dialami oleh ramai orang. Jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini usah kuatir kerana masih mempunyai peluang cerah untuk sembuh dengan bantuan beberapa produk krim untuk menghilangkan jerawat. 

Untuk pemilihan produk pula pastikan anda mengikuti arahan yang terdapat pada setiap label produk. Elakkan menggunakan produk dengan dos berlebihan untuk mengelakkan sebarang kesan sampiangan yang boleh membuatkan jerawat semakin teruk. Nak lebih banyak pilihan serum untuk jerawat? Boleh terus ke slot Serum Untuk Jerawat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top