cara hilangkan jerawat

Cara Hilangkan Jerawat

Nak tahu cara hilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan? Untuk mencari solusi kepada masalah jerawat ini, anda perlu tahu terlebih dahulu setiap jerawat yang tumbuh seperti jerawat pasir, jerawat batu atau jerawat fungal ini berpunca daripada sebab yang berbeza-beza. Jadi untuk menghilangkan setiap jenis jerawat ini memerlukan cara yang berbeza. 

Namun, terdapat beberapa cara umum yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dan juga merawat kulit muka sensitif. Tips ini adalah perkongsiaan daripada pakar kulit popular iaitu Dr Nadzirah Abdullah untuk rujukan anda. Tips yang dikongsikan ini meliputi penggunaan produk asas penjagaan muka hinggalah kepada makanan yang perlu diambil dan perlu dielakkan. 

Untuk produk yang dicadangkan anda boleh menekan butang untuk membuat pembelian secara dalam talian Shopee Mall yang mana lebih jimat dan murah. Jangan lupa untuk tebus Voucher Percuma Shopee yang turut disertakan di hujung artikel ini. T&C

Cara Hilangkan Jerawat Menggunakan Produk Skincara

Kulit muka sensitif adalah keadaan kulit yang boleh menyebabkan berlakunya jerawat. Oleh itu anda perlu mencari produk-produk yang boleh menyelesaikan masalah kulit sensitif dan juga jerawat ini. Berikut adalah beberapa produk penjagaan kulit muka yang direkomendasikan oleh Dr Nadzirah Abdullah sendiri, anda boleh dapatkan Dr Nadz Skincare Essential Trial Set ini melalui butang Shopee yang disediakan. 

Cleanser

Cleanser untuk jerawat adalah sangat penting untuk membersihkan minyak dan sebarang benda asing pada permukaan kulit muka. Cleanser atau pencuci muka ini perlu diamalkan dua kali sehari setiap hari. Pastikan anda mencari cleanser yang sesuai dengan keadaan semasa kulit wajah anda. Untuk masalah kulit muka sensitif dan jerawat anda mesti menggunakan cleanser jenis berikut:

  • Fragrance-Free
  • Essential Oil-Free
  • Elakkan cleanser jenis soaps & bars

Pemilihan pencuci muka untuk jerawat yang salah akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan menyebabkan liang pori tersumbat dan timbulnya jerawat. 

Toner

Bagi anda yang ingin mengunakan toner pula pastikan anda menggunakan toner yang bebas alkohol. Kandungan alkohol ini akan menyebabkan kulit menjadi kering dan menghilangkan semua minyak semulajadi yang bagus untuk kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi semakin sensitif dan berjerawat. 

Moisturizer

Skincare seterusnya adalah pelembap atau moisturizer, untuk kulit muka sensitif dan jerawat pastikan anda menggunakan pelembap yang mempunyai ciri-ciri seperti:

  • Lightweight
  • Non comedogenic
  • Lotion form

Ciri-ciri pelembap ini penting untuk mengelakkan berlakunya pori-pori tersumbat dan ia juga membantu untuk hidrasikan kulit wajah anda. Dengan tekstur yang kecil @ lightweight, pelembap ini juga berfungsi untuk menyerap ke dalam sel kulit dan membantu membaiki sel kulit sensitif.

Sunscreen

Bagi anda yang kerap terdedah dengan sinar matahari @ sinar UV pula pastikan anda mengamalkan sunscreen sebagai pelindung kepada kulit sensitif anda. Sunscreen yang bagus untuk kulit sensitif dan berjerawat adalah:

  • Non comedogenic
  • Oil free

Bagi anda yang mencari set skincare yang mempunyai ciri-ciri dinyatakan di atas anda boleh sahaja dapatkan Dr Nadz Skincare Essential Trial Set melalui butang Shopee di bawah ini. Anda juga boleh dapatkan setiap skincare ini secara berasingan untuk keperluan semasa anda.

cara hilangkan jerawat

Cara Hilangkan Jerawat Dengan 5 Makanan Ini

Selain daripada penjagaan luaran, cara nak hilangkan jerawat juga boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan sihat. Malah tahukan anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan jerawat timbul. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang membantu untuk mengurangkan jerawat yang turut dikongsikan oleh Dr. Nadz.

Salmon

Ikan salmon adalah sejenis ikan yang terkenal kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang lazat untuk semua jenis menu hidangan. Selain daripada rasanya yang lazat, isi ikan salmon ini juga kaya dengan omega 3 dan fatty acid, kedua-dua sumber zat ini bagus untuk mengurangkan keradangan pada organ badan termasuklah kulit. Ini secara langsung mengurangkan masalah kulit sensitif dan mengurangkan jerawat. 

Avocado

Buah avocado terkenal sebagai buah yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia. Selain rasanya yang unik dan bertektur lembut, ia juga sangat kaya dengan omega 3 dan fatty acid untuk merawat sebarang inflamis @ keradangan organ badan. 

Anda boleh mengamalkan avocado ini dalam bentuk jus @ smoothie untuk diminum setiap hari, atau boleh juga dijadikan sebagai salad dan inti roti sandwish. 

Kekacang

Pernah anda dengar kacang boleh menaikkan jerawat? Itu hanyalah mitos semata-mata. Sebaliknya kekacang boleh membantu untuk mengurangkan masalah jerawat pada kulit wajah. Ini kerana seseorang yang mempunyai kulit sensitif ini mempunyai masalah kekurangan vitamin E dan selenium. Kedua-dua zat ini boleh didapati melalui sumber makanan kekacang antaranya adalah kacang almond.

Anda boleh jadikan kekacang ini sebagai snacks atau boleh juga dicampur bersama cereal untuk sarapan pagi setiap hari. 24 biji almond setiap hari sudah cukup untuk membekalkan vitamin E dan selenium untuk tubuh badan.

High fibre food

Untuk katagori ini anda boleh mengamalkan makananan jenis oatmeal setiap hari anda. Untuk hidangan ini anda boleh sahaja mengambil oatmeal kosong atau boleh juga dicampur bersama makanan lain seperti kacang, buah-buahan dan susu. Ia juga cepat mengeyangkan jadi sangat bagus untuk anda yang ingin turunkan berat badan. 

Oyster @ Tiram

Bagi anda penggemar seafood pastinya gemar untuk memakan oyster, tahukah anda bahawa oyster @ tiram ini sangat kaya dengan kandungan zink yang bagus untuk mengurangkan jerawat pada permukaan kulit muka. 

Makanan Yang Menyebabkan Jerawat

Bagi anda yang sedang mengalami masalah kulit sensitif dan jerawat yang teruk, antara cara paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan menjaga diet harian anda. Malah masalah kulti ini boleh sembuh dengan hanya mengubah cara pemakanan harian tanpa perlu bantuan produk skincare luaran. Berikut adalah antara jenis makanan yang boleh menyebabkan jerawat dan semakin teruk.

  • Makanan manis (cth. susu pekat, krimmer, gula)
  • Makanan tenusu (cth. Susu, coklat, ais krim )
  • Makanan tinggi refined karbohidrat (cth. fast food)

Secara umunya kesemua makanan punca jerawat ini akan menyebabkan kulit menghasilkan lebihan minyak yang akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan seterusnya terjadinya jerawat. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan lemak trans yang tinggi yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan. Maka oleh itu, pastikan anda mengamalkan diet pemakanan yang sihat untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk menghilangkan jerawat ini tidaklah sukar, anda cuma perlu tahu punca kerana jerawat berlaku dan cara hilangkan jerawat yang sesuai dengan sebabnya. Anda boleh mengamalkan penjagaan produk luaran seperti yang dikongsikan di atas dan juga menjaga cara pemakanan agar kesihatan dalaman lebih baik. Tips yang dikongsikan ini juga sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan agar kelihatan cantik dan sihat. Selamat mencuba!

Scroll to Top