Table of Contents
Pencuci muka untuk jerawat atau dikenali dengan panggilan acne cleanser adalah antara produk skincare yang penting. Ini kerana ia fungsi utama pencuci muka ini adalah sebagai agent pembersih permukaan kulit wajah daripada minyaka berlebihan, sel kulit mati, dan juga bendasing.
Selain itu, kini terdapat juga pencuci muka yang dikhaskan untuk anda yang mempunyai kulit muka berjerawat. Acne cleanser ini turut mempunyai bahan yang boleh merawat sel kulit bagi menghilangkan jerawat. Ramuan pencuci muka ini mempunyai beberapa bahan aktif untuk mengurangkan masalah jerawat di wajah anda. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca slot perkongsian ini hingga habis.
Memilih Pencuci Muka Untuk Jerawat
Sedia maklum bahawa pencuci muka ini adalah salah satu rutin asas dalam penjagaan harian kulit wajah anda. Kebiasaannya ia digunakan dua kali sehari pagi sebelum makeup dan malam selepas makeup. Ini bertujuan untuk membersihkan kulit wajah sebelum mengenakan makeup dan selepas mengenakan makeup.
Terdapat banyak jenis pencuci muka yang terdapat di pasaran, setiap orang memerlukan pencuci muka yang berbeza mengikut kulit masing-masing. Disini kami kongsikan tips memilih pencuci muka agar ia sesuai dengan kulit wajah anda terutamanya yang berjerawat. Antara perkara yang mesti diambil kira adalah: Kredit 𝐃𝐫 𝐍𝐚𝐝𝐳.
pH pencuci muka
pH bagi kulit wajah yang sihat adalah pada sekitar pH 5, pada pH 5 ini kulit wajah berada dalam keadaan yang sihat dan mempunyai sistem lapisan pertahanan yang bagus daripada sebarang bendasing @ bakteria. Apabila sistem lapisan pertahanan kulit berfungsi dengan baik akan menghalang kulit daripada berlakunya inflamasi dan kulit sensitif.
Apabila sistem lapisan pertahanan kulit ini mulai rosak, kandungan air @ kelembapan akan mulai keluar daripada kulit dan menyebabkan kulit menjadi kusam dan kering. Oleh itu sangat penting untuk anda menjaga pH kulit anda sekitar 5 bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan sihat.
Surfactant
Setiap pencuci muka mesti mempunyai surfactant, ia adalah agent untuk membersihkan kulit wajah anda daripada minyak berlebihan, habuk, sel kulit mati, dan sebarang jenis bendasing. Agent pencuci kulit ini akan membersihkan lebihan minyak dan juga air pada permukaan kulit dan membersihkan sekali semua bendasing yang ada di permukaan.
Semua pencuci muka mempunyai surfactant, namun untuk anda yang mempunyai kulit muka jerawat elakkan menggunakan pencuci muka mengandungi harsh surfactant (single surfactant). Kebanyakkan harsh surfactant ini berada dalam bentuk sabun bar, jadi elakkan pencuci muka jenis sabun bar untuk anda yang berjerawat.
Pencuci muka yang terbaik adalah apabila ia mempunyai gabungan beberapa surfactant dan @ dikenali dengan panggilan micelle. Jadi pilihlah pencuci muka yang mempunyai lebih dari satu surfactant @ micelle.
Bahan ramuan dan tekstur
Untuk pemilihan bahan dan tekstur pula ia bergantung kepada individu selagi mana ia mempunyai kedua-dua ciri di sebelum ini. Secara umumnya elakkan daripada menggunakan pencui muka jenis sabun bar kerana ia mengandungi harsh surfactant dan berada pada pH 8 dan ke atas.
Berikut adalah secara ringkas beberapa ramuan dan bahan yang diperlukan di dalam pencuci muka untuk setiap jenis kulit termasuklah kulit berjerawat.
Kulit kering
Bahan yang diperlukan dalam pencuci muka:
- Glycerin
- Sorbitol
- Hyaluronic acid
Kulit berminyak
Bahan yang diperlukan dalam pencuci muka:
- Salicylic acid (1% ke 2%)
Kulit sensitif
Bahan yang diperlukan dalam pencuci muka:
- Hyaluronic acid
- Ceramide
Anda boleh merujuk bahan-bahan dalam pencuci muka di atas ini mengikut keadaan kulit berjerawat anda. Kebiasaanya setiap pencuci muka akan memaparkan senarai bahan pada bahagian label produk. Atau nak lebih mudah anda boleh mencuba salah satu pencuci muka untuk jerawat yang dikongsikan oleh Pn Mary ini. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee di hujung artikel ini ya.
Amalkan Rutin Skincare Lengkap Setiap Hari
Untuk merawat masalah jerawat ini anda tidak boleh bergantung harap hanya dengan pencuci muka semata-mata. Cara terbaik untuk menghilangkan masalah jerawat ini adalah dengan mengamalkan rutin skincare yang lengkap setiap hari.
Jika anda inginkan rujukan penjagaan skincare lengkap, anda boleh dapatkan Dr Nadz Skincare Essential Trial Set melalui butang Shopee di bawah ini. Set skincare ini adalah set lengkap penjagaan kulit muka dari pencuci muka, pelembap, toner, hinggalah ke sunblok.
Kepentingan Pencuci Muka Untuk Jerawat
Kulit berjerawat adalah antara masalah yang kerap dialamai oleh ramai warganet, oleh itu dengan adanya amalan skincare dan produk yang betul boleh membantu untuk menghilangkan jerawat pada kulit wajah. Salah satu skincare yang sesuai untuk merawat masalah jerawat ini adalah pencuci muka.
Kepentingan pencuci muka ini adalah ia adalah agent pembersih untuk kulit agar berada dalam keadaan baik untuk menerima manfaat daripada produk berikutnya. Pencuci muka yang bagus boleh menyelesaikan punca-punca jerawat seperti berikut:
- Membersihkan minyak berlebihan
- Membersihkan pori-pori tersumbat
- Membersihkan kulit daripada habuk dan bakteria jahat
Untuk masalah kulit muka berjerawat, pencuci muka yang terbaik adalah yang mempunyai kandungan bahan Salicylic acid. Malah kajian juga menunjukkan kulit yang berjerawat boleh sembuh dengan mengenakan bahan Salicylic acid 2% pada peringkat awal pertumbuhan jerawat.
Bahan Terbaik Untuk Acne Cleanser
Selain daripada bahan aktif seperti Salicylic acid yang bagus untuk kulit berjerawat, pencuci muka juga memerlukan ramuan bahan-bahan asli @ ekstrak semulajadi. Terdapat banyak bahan ekstrack semulajadi yang terdapat di dalam produk pencuci muka, antara yang paling bagus untuk merawat kulit berjerawat adalah:
Daun Pegaga @ Centella Asiatica
Manfaat utama daun pegaga inilah ia boleh meredakan keradangan kepada kulit yang berjerawat yang berada dalam keadaan sensitif dan inflamasi. Tambahan, ia juga boleh mengurangkan masalah parut yang timbul selepas jerawat mula surut.
Ekstrak Avocado
Menurut kajian, lemak dan vitamin yang terdapat di dalam ekstrak buah avocado ini boleh membantu untuk cepatkan proses membaiki sel kulit mati yang disebabkan jerawat. Selain itu, kandungan minyak semulajadi avocado ini juga membantu untuk melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan sampingan pada kulit. Ia juga mempunyai anti-radangan yang boleh mengurangkan kemerahan pada jerawat.
Vitamin C
Kebaikan vitamin C tidak asing lagi untuk kesihatan tubuh badan, manfaat utama vitamin C untuk jerawat adalah ia anti radang yang terbaik berbanding bahan-bahan lain. Vitamin C ini boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit wajah anda. Tambahan ia juga boleh menghilangkan masalah parut pimentasi seperti parut jerawat gelap dan parut jerawat merah.
Mentholatum Acnes Creamy Wash
Disini kami kongsikan sejenis pencuci muka untuk kulit berjerawat yang mengandungi kesemua bahan-bahan yang dikongsikan tadi, iaitu pencuci muka Mentholatum Clear & Whitening Wash. anda boleh dapatkan pencuci muka ini melalui butang Shopee Mall yang disediakan.
Berikut adalah beberapa kebaikan pencuci muka Mentholatum Clear & Whitening Wash:
- Mencerahkan kulit kusam
- Menghilangkan parut jerawat
- Mengawal minyak berlebihan
- Mengecil dan kecutkan jerawat
- Membaiki sel kulit mati
- Tekstur lembut, bukan harsh surfactant (paling penting)
Secara khususnya pencuci muka ini dibuat khas untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak berbahaya kepada kulit. Untuk rujukan lanjut anda boleh terus ke laman Shopee Mall melalui butang yang disediakan.
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Pencuci muka adalah salah satu daripada rutin penjagaan kulit muka, dengan adanya pencuci muka yang sesuai ini pastinya membantu untuk menyelasaikan masalah jerawat anda. Namun untuk kesan yang terbaik pastikan anda memgamalkan rutin penjagaan kulit wajah yang lengkap untuk hasil yang lebih berkesan dan berpanjangan. Baca artikel seterusnya iaitu masalah jerawat di kemaluan.