buah untuk diet

Buah Untuk Diet

Tahukah anda terdapat buah untuk diet? Buah-buahan adalah sumber serat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang anda boleh ambil semasa dalam proses turunkan berat badan, selagimana pengambilan kalori anda masih dibawah kalori keperluan harian maka anda tidak akan gemuk.

Buah yang sesuai untuk diet ini bukan sahaja enak dimakan, malah ia juga mempunyai khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan. Khasiat inilah yang menjadikan anda boleh kurus dengan sihat. Namun begitu terdapat juga buah-buahan yang mempunyai kandungan gula dan kalori tinggi dan kurang sesuai diambil dalam jumlah yang banyak. Dalam artikel ini kami kongsikan buah buahan untuk diet untuk rujukan anda.

Buah Untuk Diet Cepat Kurus 

Untuk menurunkan berat badan, anda mestilah menjaga pemakanan harian anda agar pengambilan kalori harian masih dibawah kawalan dan tidak berlebihan. Terdapat beberapa jenis buah sesuai untuk diet yang anda boleh ambil semasa diet, dan ada juga buah yang kurang sesuai untuk diet. 

Secara umunya, buah-buahan bagus untuk kesihatan tubuh badan, tetapi jika anda ingin kurus dengan cepat, maka anda mestilah mengambil buahan yang kurang gula dan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Ini secara langsung membantu proses membakar lemak badan selain menjadikan anda lebih sihat. Berikut adalah buah yang bagus untuk diet:

Limau Gedang @ Grapefruit

Buah limau gedang atau dikenali dengan nama grapefruit ini adalah variati kacukan buah pomelo dan juga buah orange. Ia sebahagian daripada buah citrus yang bagus untuk diet dan untuk turunkan berat badan. Buah grapefruit ini mempunyai kalori yang rendah dan kaya dengan vitamin A dan vitamin C.

Buah ini juga boleh dijadikan snack semasa anda sedang diet. Buah limau gedang ini adalah buah yang mempunyai glycemic index yang rendah, bermaksud ia menyalurkan kandungan gula ke dalam saluran darah secara perlahan dan membantu proses turun berat badan. 

Buah Epal

Buah epal adalah sejenis buah yang rendah kalori dan tinggi serat yang turut membantu untuk proses diet anda. Kandungan serat dalam epal ini boleh memberikan rasa cepat kenyang kepada anda sepanjang hari. 

Cara terbaik untuk memakan buah epal ini adalah dengan makan secara mentah sahaja, epal yang dibuat jus kurang sesuai kerana telah hilangkan sebahagian daripada nutrisi pada buah epal. 

Berries

Buah berry sangat sinonim dengan diet untuk turunkan berat badan, buahan berry ini mempunyai kandungan kalori rendah dan kaya dengan sumber vitamin seperti vitamin C dan K. Anda boleh jadikan berry ini sebagai makanan snack semasa lapang untuk mengelakkan rasa lapar sepanjang hari.

Selain untuk kurus, buah berries juga boleh membantu untuk mengawal kolesterol dalam darah, mengawal tekanan darah, dan juga meredakan inflamasi organ dalaman. Anda boleh dapatkan buahan berry ini secara segar mahupon sejuk beku.  

Apricot

Buah apricot adalah sejenis buahan yang rendah glysemik index dan kaya sebagai sumber vitamin C dan juga vitamin A. Kesemua nutrisi ini sangat bagus untuk menurunkan berat badan secara sihat. Anda boleh dapatkan buahan apricot ini secara segar mahupun dalam bentuk sejuk beku. 

Buah Tembikai

Anda gemar buah tembikai? Tembikai adalah buahan yang bagus untuk menurunkan berat badan anda. Ia sangat padat dengan kandungan air dan rendah kalori, selain itu tembikai adalah sumber serat, potasium, dan juga antioksidan untuk tubuh badan manusia. Anda boleh menikmati tembikai ini dengan cara makan segar ataupun secara jus tanpa campuran gula.

Buah Limau

Seperti juga buahan citrus lain, buah limau juga kaya dengan vitamin C dan rendah kalori, menjadikan ia buahan yang ideal untuk turunkan berat badan. Dengan memakan buah limau segar ini boleh membantu anda untuk lebih cepat kenyang sepanjang hari.  

Anda boleh menikmati buah limau ini dengan cara makan secara segar dan boleh juga dijadikan sebagai jus ataupun smoothie. Jika anda jadikan jus, elakkan daripada menambah sebarang pemanis kerana ia boleh menjadikan jus limau tinggi kalori.  

Pisang

Pisang juga adalah sejenis buah yang sering dijadikan snacking semasa sedang bersenam untuk membakar lemak. Walaupun pisang mempunyai kalori sedikit tinggi berbanding buahan lain, anda masih boleh mengambil buah pisang untuk mendapatkan bekalan nutrisinya. 

Pisang mempunyai GI yang rendah yang mana mengawal paras insulin dalam darah, glysemik indek yang rendah ini sangat bagus untuk golongan diabetis dan kencing manis kerana ia membantu mengawal paras gula dalam darah. 

Avocado

Buah avocado adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan lemak, kandungan lemak semulajadi ini membantu badan untuk membakar lemak dengan sihat. Buah avocado juga berfungsi untuk menjadikan anda lebih cepat kenyang dan membantu untuk kurangkan selera makan. 

Selain itu, buah avocado juga boleh merangsang tubuh untuk berada dalam ketone, situasi dimana badan menggunakan lemak pada badan sebagai sumber tenaga, ini menjadikan proses membakar lemak menjadi dua kali ganda lebih cepat. 

Jus Buah Untuk Diet 

Salah satu cara untuk menikmati buah-buahan ini adalah dengan cara minuman, anda boleh memakan buahan ini dalam bentuk jus dengan syarat tidak dicampur bersama gula atau sebarang manisan proses. Disini kami kongsikan satu minuman sarapan pagi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di laman facebook beliau, 

Resepi ini sangat ringkas dan mudah untuk dibuat oleh sesiapa sahaja, anda hanya perlu menyediakan Dry Overnight Oats yang telah dicampur bersama oat dan beberapa campuran kekacang, tambah susu dan beberapa hirisan buah seperti pisang, mangga, dan blueberry untuk dijadikan minuman diet setiap pagi. Berikut adalah resepi minuman pagi buahan  sihat.  

buah untuk diet
buah untuk diet

Salad Buah Untuk Diet 

Anda juga masih boleh menikmati salad buah semasa diet anda, namun harus diingat yogurt dan sos salad ini mempunyai kalori yang tinggi, jadi pilihlah yang khas untuk diet atau jenis yang rendah lemak sahaja. Perkongsian ini adalah daripada Rozita Daud dan telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian di laman facebook. Berikut adalah cara penyediaan salad buah diet ini.

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah mengga
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Kismis hitam
  • Anggur
  • ½ susu cair
  • 1 cawan yogurt rendah lemak
  • 5 ke 6 sudu sos salad

Cara penyediaan:

  1. Potong dadu semua buah yang ada
  2. Masukkan ke dalam bekas bersama bahan sos, susu, dan yogurt
  3. Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk dan siap dihidang
buah untuk diet
buah untuk diet
buah untuk diet
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Dry Overnight Oats : https://shp.ee/7dvegyf

Rolled Oat : https://shp.ee/s4u96rj

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Secara umumnya anda boleh sahaja mengambil sebarang jenis buah dengan syarat tidak melebihi kalori harian anda. Senarai di atas adalah antara buahan yang boleh membantu badan untuk membakar lemak dengan cepat dan sihat. Anda boleh mengambil buahan ini secara snacking @ makan mentah sahaja atau boleh sahaja dijadikan jus untuk diminum setiap hari. Anda mengalami masalah jerawat? Boleh terus ke slot cara hilangkan parut jerawat. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top