jadual makanan diet

Jadual Makanan Diet

Memiliki jadual makanan diet yang ideal dan sesuai dengan gaya hidup semasa adalah penting bagi anda yang bercadang untuk menurunkan berat badan dengan konsisten. Untuk menurunkan berat badan bukanlah suatu yang mudah, untuk memudahkan proses diet anda adalah lebih baik jika anda mempunyai jadual diet yang seimbang untuk anda rujuk setiap hari.

Untuk kebanyakkan orang, mempunyai jadual pemakanan diet ini seolah tidak penting, namun bagi mereka yang masih beginner, jadual menu diet seimbang ini sangat membantu untuk dijadikan ideal dan ilham hidangan yang bagus untuk dimakan setiap hari. Di dalam slot ini kami kongsikan semuanya info berkenaan jadual makanan diet dan juga perkongsian jadual menu diet daripada warganet sendiri.

Jadual Makanan Diet Seminggu

Jika anda bercadang untuk memulakan diet, adalah lebih baik untuk anda menyediakan jadual diet seminggu. Ini kerana pada peringkat awal diet anda akan mengalami konflik perubahan menu hidangan dan menyebabkan anda berasa lapar untuk memakan menu hidangan yang lama.

Bayangkan jika sebelum ini anda menikmati hidangan nasi lemak setiap pagi, secara tiba-tiba anda ubah sarapan pagi anda kepada hanya memakan suku nasi dan ayam rebus sahaja, keadaan ini pasti menyebabkan konflik habit. Jika ini berlaku, anda akan mula untuk kembali kepada cara makan yang lama dan diet untuk kurus anda gagal.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan anda perlu menyediakan jadual menu diet seminggu agar program diet anda lebih terurus dan konsisten. Dengan adanya jadual diet yang betul juga membolehkan anda membuat kira-kira bajet kewangan semasa anda dan juga menu sihat rendah kalori yang akan anda nikmati sepanjang minggu. 

Salah Faham Jadual Makan Diet

Sedar atau tidak sebenarnya terdapat bahan salah faham tentang jadual diet dalam kalangan orang ramai. Contohnya, makan malam boleh menyebabkan kegemukan adalah tidak benar dan mitos semata-mata. Info-info yang salah ini boleh menyebabkan program diet anda menjadi lebih sukar berbanding cara yang betul. 

Untuk menurunkan berat badan, sangat penting untuk anda mengawal pengambilan kalori harian anda agar tidak melebihi keperluan harian, ini adalah point paling penting dalam proses turunkan berat badan. Disini kami kongsikan beberapa salah faham dalam jadual diet harian anda.

Makan Lewat Malam Punca Gemuk

Ini adalah mitos yang popular untuk sekian lama, hakikatnya adalah makan malam tidak menyebabkan anda gemuk. Anda boleh menikmati makan malam selagi pengambilan kalori anda masih lagi dibawah keperluan anda. 

Namun, ini tidak bermakna anda boleh makan nasi lemak pada jam 11 malam, sebolehnya anda selangkan 1 jam makan malam sebelum anda tidur dan baring. Untuk menu makan malam pula sebaiknya anda mengambil dalam jumlah kalori rendah sahaja, ini kerana sepanjang hari anda telah mengambil kalori diwaktu sarapan pagi dan juga makan tengahri. 

Tidak Sarapan Punca Gemuk

Sarapan pagi juga banyak dikaitkan dengan berat badan seseorang, sebenarnya anda tidak akan mengalami apa-apa masalah jika tidak mengambil sarapan pagi. Malah terdapat kajian mendapati proses membakar lemak badan lebih cepat jika anda tangguhkan sarapan pagi anda ke waktu makan tengahari.

Selain itu, jika anda mengamalkan senaman pagi sebelum sarapan (perut kosong) anda sebenarnya telah membakar lebihan kalori yang anda ambil kelmarin. Ini secara tidak langsung boleh cepatkan proses bakar lemak badan anda. Konsep tangguhkan sarapan pagi ini sangat sinonim dalam IF diet dan hanya gantikan sarapan berat dengan hanya minuman air kosong sahaja.

Nak Kurus Mesti Bersukan

Untuk kurus anda tidak perlu masukkan aktiviti senaman di dalam jadual diet bulanan anda. Ini kerana penjagaan diet harian adalah lebih penting berbanding bersenam, malah anda boleh kurus dengan hanya menjaga makan sahaja.

Namun begitu adalah lebih baik jika anda amalkan senaman untuk cepatkan lagi proses bakar lemak di badan. Amalan rutin jalan kaki setiap petang dan aktiviti mengemas rumah juga boleh mempengaruhi proses bakar lemak badan anda. Setkan aktiviti senaman sebanyak 3 hari seminggu sudah memadai untuk membantu diet anda.

Berlapar Untuk Kurus

Terdapat juga individu yang terlalu nak cepat kurus dan sanggup untuk menahan lapar dengan tidak mengambil kalori dan nutrisi dalam tempoh masa yang lama. Ini adalah salah satu cara diet yang salah dan boleh membahayakan tubuh badan anda. 

Cara ekstrem ini boleh menyebabkan anda mengalami stress dan merembeskan hormon stress yang boleh mengganggu mental dan fizikal anda. Malah hormon stress ini juga boleh menyebabkan lemak menjadi tepu dan sukar untuk kurus. Amalkan diet yang betul dan seimbang.  

Jadual Diet Buang Lemak 10kg-15kg Dalam 2 Bulan

Anda mencari contoh jadual diet yang terbukti berkesan untuk dijadikan rujukan anda, disini kami kongsikan perkongsian daripada Pn Norafiza Mahmud yang telah berjaya turunkan berat sebanyak 10kg ke 15kg hanya dalam masa 2 bulan sahaja.

Perkongsian ini telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian oleh warganet di laman facebook, rata-rata sangat menyukai jadual diet yang dikongsikan kerana ia mudah & simple untuk diamalkan. Di dalam jadual ini juga turut dimasukkan beberapa aktivit senaman ringan untuk rujukan anda.  

**Dapatkan barang keperluan anda pada harga Promosi di Shopee Mall. Link Shopee Mall berada di hujung artikel ini. 

Menu 1
2 Telur setengah masak
Jus epal
Kacang badam (snack)

Nasi 5 suap
Ikan panggang
Sayur rebus/mentah
Air suam
Sambal belacan
Kacang badam (snack)

Jus epal
Buah naga

Menu 2
Pisang
Susu rendah lemak
Epal (snack)

Nasi 5 suap
Ikan panggang
Sayur rebus/metah
Air suam
Kacang badam (snack)

Susu rendah lemak
Buah naga

Menu 3
2 telur setengah masak
Susu rendah lemak
Kacang badam (snack)

Ikan panggang
Sayur rebus/mentah
Betik
Sambal belacan
Air suam
Pisang (snack)

Jus epal
2 biji tauhu bakar/panggang

Menu 4
2 telur setengah masak
1 keping roti bakar
Milo gelas kecil
Kacang badam (snack)

Ikan bakar 
Sayur rebus/mentah
Sambal belacan
Air suam
Kacang badam (snack)

Cornflake
Pisang
Susu rendah lemak
Chea seed

Menu 5
2 tauhu bakar/panggang
Sambal kicap
Jus epal
Lobak merah (snack)

Nasi 5 suap
Dada ayam panggang
Sayur rebus/mentah
Air suam
Sambal belacan
Kacang badam (snack)

Jus timun
Buah naga

Menu 6
2 keping roti bakar
Milo gelas kecil
Epal (snack)

Nasi 5 suap
Sayur rebus/mentah
Betik
Sambal belacan
Air suam
Lobak merah (snack)

Cornflake
Pisang
Susu rendah lemak

Menu 7
2 keping roti bakar
Telur setengah masak
epal (snack)

Ayam panggang
Sayur rebus/mentah
Betik
Sambal belacan
Air suam
Kacang badam (snack)

Tauhu bakar
Sambal kicap
Jus timun

Senaman Untuk Perut Oleh Norafiza Mahmud

Untuk senaman pula anda boleh amalkan senaman jenis Flutter Kicks sahaja, jadikan senaman ini sebagai rutin harian anda iaitu 30 minit pagi dan 30 minit malam sahaja. Berikut adalah beberapa alatan dan tips untuk kegunaan semasa melakukan senaman ini.

Senaman Flutter Kicks
Kredit : brightside

Pakai bengkung

Anda digalakkan untuk menggunakan bengkung semasa senaman ini, ini bertujuan untuk menjaga postur badan dan sebagai sokongan pada organ perut anda. 

Minum air kosong

Sebelum melakukan senaman ini pastikan anda menyediakan air kosong sekurangnya 3 liter untuk gantikan air dalam badan anda.

Sapu krim panas

Anda juga boleh amalkan krim panas untuk membantu proses bakar lemak badan anda.

Bertungku 

Anda juga boleh amalkan rutin bertungku untuk melancarkan saliran darah dan membuang angin-angin dalam badan anda.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Bengkung Bersenam : https://shp.ee/mtbh6gp

Krim Panas : https://shp.ee/9pgcjnp

Set Bertungku : https://shp.ee/awcahap

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ternyata mempunyai jadual makanan diet ini boleh membantu program diet anda untuk lebih lancar dan mudah. Anda boleh mengolah idea menu mingguan ini mengikut acuan dan bajet kewangan semasa anda, yang paling penting pastikan kadar kalori anda ambil lebih rendah berbanding keperluan anda. Anda nak lebih banyak info untuk turunkan berat badan? Boleh terus ke artikel seterusnya diet suku suku separuh.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version