makanan untuk diet cepat kurus

Makanan Untuk Diet Cepat Kurus

Terdapat banyak makanan untuk diet cepat kurus yang anda boleh jadikan sebagai hidangan harian anda. Malah secara umumnya, kesemua jenis makanan adalah sihat selagi mana ia dimasak denga betul dan kecuali makanan proses. Makanan diet untuk kurus dengan cepat ini boleh sahaja didapagti di pasaraya berdekatan anda. 

Makanan untuk kurus ini mestilah disediakan dengan cara yang betul agar ia tidak menjadi sumber kalori berlebihan kepada badan anda. Malah dengan cara penyediaan yang betul anda sebenar boleh menikmati hidangan harian anda dengan cepat, sihat, dan juga jimat. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa makanan diet untuk cepat kurus di Malaysia. 

Makanan Untuk Diet Cepat Kurus di Malaysia

Tahukah anda terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu anda untuk turunkan berat badan dengan cepat. Ramai orang hanya fokus kepada latihan senaman untuk kurus dan kurang menjaga pemakanan harian, ini adalah satu kesilapan kerana pengambilan pemakanan yang betul dan sihat sebenarnya lebih penting untuk kuruskan berat badan. 

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh membantu anda untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Kesemua makanan ini anda boleh dapati di pasaraya berdekatan anda, anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian untuk dapatkan dengan harga murah. Link Shopee setiap makanan ini kami sertakan di hujung artikel ini.

Ayam

Ayam adalah adalah makanan yang popular di seluruh dunia, tahukah anda dengan masakan menu ayam yang betul boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Kajian juga mendapati protein pada isi ayam adalah yang paling sihat dan berkualiti untuk kesihatan manusia.

Dada ayam sangat sesuai dijadikan sumber protein harian anda untuk kurus, namun pastikan anda menyediakan hidangan ini dengan cara yang sihat seperti kukus, rebus, steam, salai, ataupun panggang. Protein ini juga boleh membantu anda untuk cepat kenyang setelah makan.

Blueberry

Blueberry sangat popular untuk dijadikan sebagai menu diet harian untuk kurus, ia juga dikenali sebagai makanan pembakar lemak badan. Selain itu, buah berry ini juga boleh membantu anda dalam mengawal kolesterol dan gula dalam darah.

Blueberry atau semua jenis berry mempunyai kandungan antioxidant yang tinggi dan juga kurang gula, menjadikan ia buah-buahan pilihan utama bagi golongan yang sedang diet. 

Kopi

Tahukah anda dengan menikmati secawan kopi setiap pagi boleh membantu anda untuk membakar lemak di badan? Namun pastikan anda tidak menambah gula atau creamer kerana pemanis ini mempunyai kadar kalori yang tinggi. Minuman kopi ini berfungsi untuk meningkatkan metabolisma badan menjadikan proses membakar lemak menjadi lebih cepat

Kunyit

Kunyit adalah salah satu jenis rempah yang popular di seluruh dunia. Kunyit boleh berfungsi untuk mengawal gula dalam darah, ini sangat bagus untuk obesiti kerana golongan ini mempunyai masalah insulin yang berkaitan dengan paras gula dalm darah yang tidak stabil.

Selain untuk kurus, kunyit juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan secara umum. Anda boleh campurkan rempah ini di dalam masalah atau minuman anda untuk dinikmati setiap hari.   

Minyak kelapa

Minyak kelapa adalah bahan yang popular untuk rawatan masalah pada kulit dan rambut, selain itu ia juga sangat popular untuk dijadikan sebagai makanan pembakar lemak badan. Minyak kelapa ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi menjadikan ia salah satu makanan utama dalam Keto Diet. 

Ikan Salmon

makanan untuk diet cepat kurus

Ikan salmon adalah ikan yang popular di seluruh dunia, kandunganya yang kaya dengan omega 3 menjadikan ia sesuai untuk kuruskan berat badan. Kandungan minyak ikan salmon ini dikatakan bagus untuk mengurangkan hormon stress iaitu kotrisol dan membantu untuk menurunkan berat badan.

Avocado

Buah avocado juga sangat dikenali sebagai buah untuk diet. Sama seperti minyak kelapa, buah avocado ini mempunyai kandungan lemak semulajadi yang tinggi berbanding buah-buahan lain. Ia sangat bagus untuk anda yang melakukan keto diet kerana boleh membantu badan untuk berada dalam ketone, seterusnya membakar lemak badan dua kali ganda lebih cepat berbanding biasa.

Yogurt

Yogurt juga mempunyai unsur membakar lemak untuk tubuh badan, ia mempunyai kandungan linoleix asid yang menyokong proses membakar lemak dan juga kandungan probiotik yang membantu usus untuk lebih sihat. Namun pastikan anda memilih yogurt jenis Greek yogurt ataupon jenis rendah lemak dan 0% lemak sahaja kerana ia rendah kalori.

Coklat Hitam

Nak kurus makanlah coklat, tapi pastikan hanya memakan jenis coklat hitam atau kurang kalori sahaja. Coklat adalah bahan yang pada asalnya mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan, namun yang menjadikan ia tidak sihat adalah apabila ia diproses dan ditambah pemanis menjadikan tinggi kalori.

Coklat hitam ini mempunyai kandungan monounsaturated fatty acid yang boleh menyokong metabolisma badan menjadikan proses bakar lemak lebih cepat. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan rasa lapar sepanjang hari.

Brokoli

Brokoli adalah sejenis sayur yang popular dan bagus untuk diamalkan setiap hari. Sayuran ini mempunyai kandungan calcium yang tinggi, calcium ini diperlukan oleh badan untuk kesihatan sendi dan juga menurunkan berat badan. Cara terbaik dalam penyediaan brokoli ini adalah dengan merebus hingga lembut, dengan cara ini memudahkan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Kekacang

Kekacang adalah makanan yang kerap kali dijadikan snacking untuk orang yang sedang diet. Ini kerana kacang ini mempunyai kandungan lemak dan magnesium yang bagus untuk membakar lemak. Ia juga kaya dengan antioksidan berfungsi untuk membantu merawat keradangan dan juga sel kulit mati. 

Kacang juga adalah sumber makanan protein untuk kurus, jadi ia bagus untuk membakar lemak dan memberikan rasa kenyang sepanjang hari. Pastikan anda menikmati kacang yang dipanggang atau direbus sahaja, elakkan kacang yang digoreng kerana ia juga mempunyai kalori yang tinggi.

Teh hijau

makanan untuk diet cepat kurus

Teh hijau adalah minuman yang terbukti boleh membantu untuk menurunkan berat badan dengan selamat dan sihat. Teh hijau adalah antioksidan yang baik, ia juga mempunyai sedikit kandungan kafein yang membantu badan untuk membakar lemak secara semulajadi.  

Terdapat banyak jenis jenama minumna teh hijau di pasaran, pastikan anda memilih yang tiada gula sahaja. Anda boleh dapatkan teh hijau ini secara dalam talian di Shopee, link Promo Shopee terdapat di hujung artikel ini.

Telur

Telur adalah sumber protein yang tinggi dan bagus untuk menurunkan berat badan secara sihat. Sumber protein yang banyak ini boleh membantu badan untuk membakar lemak dengan menyokong mencepatkan metabolisme badan. Selain itu, ia juga bagus untuk pertumbuhan otot badan yang sihat. 

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Teh Hijau : https://shp.ee/tyg722f

Minyak Kelapa : https://shp.ee/n52kkmf

Coklat Hitam : https://shp.ee/fbmm4df

Kekacang : https://shp.ee/v37a6zf

Rolled Oat : https://shp.ee/s4u96rj

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Hampir semua jenis makanan adalah sihat dan boleh membantu badan untuk membakar lemak dan kurus. Yang menjadikan satu-satu makanan itu tidak sihat adalah disebabkan cara penyediannya yang tidak sihat terutamanya goreng, hampir kesemua makanan yang bergoreng ini mempunyai kalori yang tinggi yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan dengan cepat. 

Cara terbaik untuk turunkan berat badan adalah dengan menyediakan hidangan harian pada jumlah kalori yang terkawal. Anda mesti mempunyai menu dan cara penyediaan hidangan harian yang sihat beserta jumlah kalori setiap hidangan agar tidak melebihi keperluan kalori harian anda. Nak belajar lebih banyak tentang diet? Boleh terus ke slot Beras Untuk Diet. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top