Table of Contents
Cara hilangkan parut jerawat yang paling mujarab adalah dengan menggunakan beberapa ubatan dan produk serta cara menghilangkan parut jerawat yang terbukti secara ujian makmal. Ubatan ini mengandungi ramuan bahan khas untuk membaiki sel kulit yang telah rosak dengan pengambilan dos dan rutin yang betul.
Ubatan farmasi untuk hilangkan parut ini boleh diamalkan secara harian dengan menjadikan ia sebahagian daripada rutin penjagaan muka. Ini kerana kulit yang sentiasa terdedah dengan bahan tercemar dan berisiko untuk naik jerawat dan akhirnya meninggalkan parut, oleh itu beberapa produk untuk hilangkan parut ini sesuai untuk diamalkan secara rutin harian.
Cara Hilangkan Parut Jerawat Menggunakan Produk Berkualiti
Kini terdapat banyak jenis produk hilangkan parut yang anda boleh dapatkan di farmasi, watson mahupun secara dalam talian di Shopee Mall sahaja. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa jenis bahan serta produk pudarkan parut jerawat yang berkualiti, selamat, dan sesuai untuk rujukan anda. Anda juga boleh membeli dengan harga yang mudah di Shopee Mall melalui butang Shopee yang kami sediakan. Jom baca sampai habis ya…
Jenis Parut Jerawat Yang Utama
Sebelum melakukan rutin merawat parut jerawat, anda terlebih dahulu perlu faham dan tahu akan beberapa jenis parut pada kulit. Rujukan slot ini adalah perkongsian daripada pakar kulit Dr Nadzirah Abdullah yang turut memberikan beberapa tips serta produk rekomendasi terbaik untuk merawat setiap jenis parut jerawat.
Untuk merawat parut jerawat, anda terlebih dahulu mesti merawat masalah jerawat pada kulit terlebih dahulu. Ini kerana parut terhasil melalui jerawat, jika jerawat tidak dirawat dahulu maka parut akan berterusan muncul pada kulit wajah anda. Rawatan parut ini adalah sesi selepas rawatan jerawat pada kulit.
Jenis-jenis Parut Jerawat:
- Pigmentary changes
- Structural changes
Pigmentary Changes
Parut jenis pigmentary changes ini adalah sejenis parut yang terbentuk hasil daripada perubahan pada pigmentasi kulit dan menyebabkan berlakunya parut hitam (post inflammatory hyperpigmentation) dan parut merah (post inflammatory erythema).
Parut Hitam (post inflammatory hyperpigmentation)
Parut jerawat hitam adalah yang kerap berlaku dalam kalangan warganet. Ia berpunca daripada inflamasi yang menyebababkan badan menghasilkan melanin yang terjadinya parut hitam. Parut jerawat hitam ini boleh sembuh dengan sendiri tetapi mengambil masa yang agak lama. Jika anda mempunyai masalah parut jerawat hitam, berikut adalah beberapa bahan dan produk yang bagus untuk anda:
Retinol
Is Clinical Pro Heal Serum Advance+
Olay Regenerist
The Ordinary Retinol
Vitamin C @ Ascorbic acid
(Tinggi concentration tinggi vitamin C lebih bagus, mininum 15%)
Skinlabs Esteem C’ensil L-Ascorbic Acid 25%
The Ordinary Ascorbic Acid 8%
Glycolic Acid
(Cepatkan proses salin sel kulit dan pudarkan parut)
Is Clinical Active Serum
The Ordinary Glycolic acid 7% toning solution
PIXI BEAUTY Glow Tonic
Parut Merah (post inflammatory erythema)
Untuk parut merah pula ia terhasil apabila berlakunya inflamasi pada kulit dan menyebabkan saluran darah pada lokasi tersebut terganggu. Parut merah ini boleh hilang secara semulajadi tetapi mengambil masa yang lama. Berikut adalah bahan dan produk untuk merawat masalah parut merah. Anda juga boleh menggunakan produk retinol dan vitamin C untuk merawat parut merah ini.
Niacinamide
The Ordinary Niacinamide
Dr Jart+ Cicapair
Structural Changes
Jika anda mempunyai parut yang jenis berlubang dan berlekuk, ia juga dikenali sebagai parut structural changes. Untuk parut jenis berlubang ini terdapat beberapa jenis antaranya:
- Icepick scar
- Box scar
- Rolling scar
Parut berlubang atau lekuk ini berpunca daripada perubahan yang berlaku pada kolagen dan fibrosis serta berlakunya kerosakan pada sel kulit. Untuk masalah parut berlubang, tidak ada krim atau produk yang boleh merawat sel kulit yang telah rosak. Cara untuk hilangkan parut jerawat berlubang ini adalah dengan melalui rawatan oleh pakar kulit sahaja, antaranya adalah:
- Micro-Needling
- CO2 Lazer
- TGA Cross
Konsep rawatan parut berlubang ini adalah dengan cara mencederakan sel kulit pada bahagian parut, ini akan meransang kolagen kulit untuk sembuh secara semulajadi dan seterusnya memudarkan parut berlubang. Rawatan ini perlu dilakukan secara berkala sehinggalah parut berlubang mula surut dan kembali seperti normal.
Produk Hilangkan Parut Jerawat & Jerawat Terbaik di Watson & Guardian
Bagi anda yang mencari produk-produk hilangkan parut yang boleh didapati di watson dan guardian, disini kami kongsian satu hantaran di laman sosial facebook. Hantara yang dibuat oleh Lina Shaari ini telah mendapat ratusan dan ribuan tanda suka dan perkongsian oleh warganet.
Hantaran cara hilangkan parut jerawat dengan hanya menggunakan produk yang dibeli di watson dan guardian berkesan untuk mengurangkan kesan parut hitam dan merah pada kulit. Malah rutin krim ini juga sesuai untuk menghilangkan kesan parut selain jerawat seperti parut luka atau strecth mark.
Terdapat 6 jenis produk yang anda boleh cuba salah satu daripada ubatan ini mengikut kesesuaian kulit dan juga kewangan anda. Kesemua produk ini khas untuk mengurangkan masalah parut pada kulit, maka anda tidak perlu risau anda kesan sampingan lain. Dapatkan rujukan staff farmasi jika perlu.
Dermatix Advance
Rosken skin repair
Mederma proactive gel
Hiruscar Gel
Bio Oil
Selain produk untuk hilangkan parut, Pn. Lina Shaari juga turut kongsikan beberapa produk khas untuk merawat masalah jerawat pada kulit muka. Sedia maklum bahawa untuk menyelesaikan masalah parut jerawat anda mesti terlebih dahulu merawat masalah jerawat. Jika masalah jerawat tidak dirawat terlebih dahulu, maka masalah parut tetap akan wujud dan berterusan.
Berikut adalah beberapa senarai pendek produk untuk hilangkan jerawat khas untuk rujukan anda. Anda boleh menggunakan salah satu daripada produk ini yang sesuai untuk kulit muka anda.
Cetaphil (Moisturiser) : https://shp.ee/u33vrhp
Aiken Tea Tree Oil (Moisturiser) : https://shp.ee/x9yzudp
Topicil @ topical solution for acne : https://shp.ee/995v62p
Mycin Clindamcin lotion : https://shp.ee/e7jbuqp
Mario Badescu drying lotion : https://shp.ee/md58hep
Selain untuk menghilangkan parut dan jerawat pada kulit, krim dan produk ini juga mempunyai manfaat lain seperti melembut dan menegang kulit serta berfungsi sebagai anti aging. Setiap produk ini mempunyai harga yang berbeza namun rata-ratanya boleh didapati dengan harga bawah RM100 sahaja. Untuk lebih jimat anda juga boleh tekan butang yang disediakan untuk membuat pembelian secara dalam talian yang mana lebih murah daripada harga biasa.
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Kesan parut terutamanya parut jerawat adalah masalah yang sering dialamai oleh ramai orang, kesan parut ini boleh mempengaruhi penampilan individu, oleh itu langkah awal dengan mencegah masalah jerawat berlaku perlu memandangakan ia berpunca daripada timbulnya jerawat pada kulit wajah. Untuk rujukan lanjut boleh terus ke slot Cara Hilangkan Jerawat.
Bagi anda yang ingin membuat pembelian secara dalam talian di Shopee Mall, jangan lupa untuk tebus voucher terhad percuma yang kami kongsikan ini. Voucher dari Shopee ini adalah khas untuk pengguna baru di Shopee. T&C