cara nak hilangkan jerawat dalam masa 1 hari

3 Cara Nak Hilangkan Jerawat Dalam Masa 1 Hari

Tidak ada seorang pun yang gembira apabila melihat jerawat mula tumbuh pada kulit muka. Dan jika ini berlaku pasti semua orang inginkan jerawat yang tumbuh itu cepat-cepat sembuh dan hilang. Yang bagusnya, terdapat cara nak hilangkan jerawat dengan cepat yang boleh diamalkan. Maka di dalam artikel kali ini pula kami kongsikan cara nak hilangkan jerawat dalam masa 1 hari.

Bolehkah Jerawat Hilang Dalam Masa Satu Hari?

Persoalan ini kerap kali diajukan kepada ramai pakar-pakar kulit di luar sana, untuk menjawab soalan tersebut harus terlebih dahulu mengetahui beberapa perkara yang perlu diambil kira.  Terdapat beberapa jenis kategori jerawat yang boleh dikelaskan iaitu:

 Jenis-jenis Jerawat:

  • Jerawat ringan (mild)
  • Jerawat sederhana (moderate)
  • Jerawat teruk (severe)

Kategori jerawat yang boleh dirawat dalam tempoh masa yang singkat adalah jenis jerawat ringan dan jenis jerawat sederhana. Jenis jerawat teruk pula dicadangkan anda merujuk doktor pakar kulit berdekatan untuk rujukan lanjut. 

Jenis jerawat ringan dan sederhana ini mempunyai peluang sembuh dengan cepat adalah disebabkan kondisi semasa yang belum mengalami inflamasi teruk pada kulit. Untuk kategori ini, terdapat beberapa produk yang mengandungi ramuan atau bahan yang boleh membantu dalam proses sembuhkan kulit. Produk-produk ini juga boleh didapati dengan mudah di guardian dan watson.

3 Produk Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan

Terdapat beberapa jenis produk hilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan di pasaran, yang paling penting dalam pemilihan produk adalah mengetahui kandungan bahan aktif yang digunakan. Kali ini kami kongsikan 3 jenama produk yang popular untuk hilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan serta apa bahan aktif yang digunakan.

Oxy (Benzoyl Peroxide)

Secara ringkasnya fungsi benzoyl peroxide ini adalah untuk membunuh bakteri yang menyebabkan jerawat. Sedia Maklum bahaya punca utama berlakunya jerawat bengkak dan bernanah adalah disebabkan pertumbuhan bakteria jahat pada kulit muka.

Selain itu, bahan aktif ini juga boleh mengeringkan lebihan minyak di dalam liang pori-pori kulit. Lebihan minyak di dalam pori-pori ini akan menyebabkan berlakunya liang pori tersumbat dan menyebabkan pembiakan bakteria. 

Terdapat beberapa jenis isipadu Benzoyl peroxide yang terdapat di dalam produk, ada yang 5%, 10% dan sebagainya. Dicadangkan anda boleh mulakan dengan menggunakan produk yang mengandungi isipadu Benzoyl peroxide yang kecil dahulu untuk melihat kesan awal. Kekurangan Benzoyl peroxide inilah adalah tidak sesuai digunakan untuk kulit yang sensitif.

Safi (Aha Bha)

Bahan aktif yang digunakan untuk menghilangkan jerawat dengan cepat adalah AHA dan BHA. gabungan bahan aktif ini berfungsi untuk melegakan dan memulihkan sel kulit muka. Bahan aktif ini lebih lembut dalam merawat kulit berbanding ramuan Benzoyl peroxide, oleh itu ia sesuai untuk semua jenis kulit. 

AHA adalah sejenis laktik asid yang digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati pada kulit muka. Salah satu punca jerawat adalah disebabkan lebihan sel kulit mati yang tertinggal ditambahkan pula dengan lebihan minyak di liang pori muka menyebabkan wujudnya jerawat. 

BHA pula berfungsi untuk membersihkan saki baki sel kulit mati dan lebihan minyak yang tersumbat di dalam liang pori-pori. Maka dengan gabungan dua bahan aktif ini akan mencepatkan lagi proses hilangkan jerawat di kulit wajah.

Aiken (Tea Tree Oil)

Bahan aktif seterusnya yang popular digunakan dalam menghilangkan jerawat dalam satu hari adalah ramuan tea tree oil. Kunci utama apabila menyebut tea tree oil adalah mempunyai sifat anti inflamatory. Sifat anti inflammatory ini berfungsi untuk menghalang kulit daripada berlakunya keradangan. Sifat inilah yang akan menghalang jerawat daripada menjadi bengkak dan kemerah-merahan. 

Tea tree oil ini juga mempunyai sifat anti mikrob iaitu berfungsi untuk membunuh dan mencegah pembiakan mikroorganisma yang menyebabkan jerawat. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif perlulah berhati-hati kerana tea tree oil ini juga mempunyai sifat mengeringkan kulit muka.

Produk Manakah Yang Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat?

Ubat jerawat sangat mudah didapati masa kini, yang paling penting adalah anda perlu tahu apa bahan aktif yang berkesan untuk merawat jerawat anda dan adakah kulit anda sensitif terhadap bahan-bahan aktif yang digunakan. 

Dicadangkan produk jerawat yang terbaik adalah produk yang berkesan dalam masa yang perlahan. Contohnya boleh mulakan dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan aktif rendah seperti AHA & BHA. jika masih belum berkesan atau tidak berkesan lagi, maka boleh gunakan bahan aktif yang lebih kuat seperti Benzoyl peroxide dan tea tree oil.

Akhir Kata

Terdapat pelbagai cara nak hilangkan jerawat dalam masa satu hari yang boleh dilakukan, namun anda harus terlebih dahulu perlu faham akan kesesuaian setiap jenis ramuan produk yang digunakan. Ini penting bagi memastikan pemilihan produk anda dilakukan dengan betul dan sesuai dengan jenis kulit anda. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version