Table of Contents
Mempunyai parut jerawat yang teruk pada wajah sudah pastinya menjadi ketakutan terutamanya dalam kalangan wanita. Mana tidaknya, bahagian wajah adalah aset penting dalam keterampilan luaran individu. Selain menggunakan produk yang dijamin selamat, anda juga boleh mengamalkan bahan semulajadi sebagai petua hilangkan parut jerawat hitam di wajah.
Punca Jerawat Secara Ringkas
Secara asasnya jerawat terjadi kerana liang pori yang tersumbat dan menyebabkan merebaknya bakteria jahat pada kulit muka. Namun terdapat juga punca-punca lain yang menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak. Antara punca-punca jerawat adalah seperti berikut:
- Alergi makanan
- Hormon tidak stabil
- Kekurangan nutrisi
- Bendasing pada kulit
- Bakteria jahat membiak
- Parasit
- Stress
Senarai punca ini juga boleh menjadi sebab kepada masalah liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Dengan mengetahui punca jerawat tumbuh maka mudahlah untuk mencegah parut jerawat hitam daripada terbentuk.
4 Petua Hilangkan Parut Jerawat Hitam
Antara kelebihan mengamalkan petua-petua di dalam merawat masalah kulit adalah penggunaan bahan tradisional dan semulajadi untuk kesihatan dalaman tubuh. Kebanyakan bahan-bahan ini hampir tiada kesan sampingan dan bebas daripada bahan pengawet.
Berbeza dengan penggunaan produk yang menggunakan bahan kimia dan hanya merawat secara luaran yang sementara. Tambahan terdapat juga sesetengah individu yang sensitif dan alergi terhadap bahan kimia dan menyebabkan jerawat makin teruk. Antara petua hilangkan parut jerawat hitam adalah:
Diet Pemakanan Yang Sihat
Petua pertama untuk hilangkan parut jerawat hitam adalah dengan mengubah diet pemakanan harian anda. Terdapat banyak bahan makanan mentah yang terkenal mempunyai sifat anti keradangan seperti buah tomato, bawang putih, bawang besar, kunyit, minyak zaitun, sayuran daun hijau, dan kekacang.
Nutrien omega 3 fatty acid juga terbukti boleh merawat sel kulit yang rosak pada parut, banyakkan masakan hidangan lauk seperti ikan salmon, sardin, tiram, atau boleh saja mengamalkan cod liver oil yang mempunyai banyak kandungan omega 3.
Berhenti daripada mengambil makanan proses seperti fast food, air manis, dan makanan yang mengandung gula. Untuk hilangkan parut jerawat hitam anda perlu terlebih dahulu memberikan sumber nutrisi yang sihat kepada tubuh anda bagi memudahkan proses merawat sel kulit anda.
Amalkan Skincare Oil Semulajadi
Terdapat juga produk yang diperbuat khas daripada ramuan semulajadi untuk merawat sel kulit anda. Produk ini hanya menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama untuk merawat sel kulit dari luaran. Bahan semulajadi yang terbaik untuk hilangkan parut jerawat hitam adalah minyak semulajadi @ oil.
Mungkin ramai yang tidak tahu kebaikan minyak untuk hilangkan parut hitam di wajah. Produk berasaskan oil ini adalah diperbuat daripada pati minyak dari tumbuhan dan bijian semulajadi. Bahan ini tidak bahaya kepada kulit malah mempunyai zat yang bagus untuk pertumbuhan sel baru kulit.
Ramuan oil semulajadi ini banyak terdapat di pasaran daripada pelembap hinggalah serum. Anda hanya perlu memilih dan mencuba oil yang sesuai dengan kulit muka anda. Antara beberapa jenis oil yang bagus untuk merawat parut hitam adalah
Tamanu Oil
Sea Buckthorn Seed Oil
Jojoba Oil
Ini adalah senarai beberapa minyak skincare semulajadi yang popular dan digunakan secara meluas untuk hilangkan parut hitam jerawat. Kebaikan utama minyak kulit semulajadi ini adalah memberikan kulit kelembapan yang seimbang, kulit yang terlalu kering akan mengakibatkan munculnya kedutan, jerawat, parut, dan juga kemerahan.
Dengan mengamalkan minyak semulajadi sebagai petua hilangkan parut jerawat hitam akan memberi perlindungan pada kulit daripada persekitaran yang berisiko.
Amalkan Manuka Honey Mask
Madu adalah salah satu bahan semulajadi yang bagus untuk merawat parut pada kulit. Ramuan manuka honey ini bagus untuk mencegah kulit daripada ditumbuhi jerawat dan seterusnya mengelakkan terjadinya perut hitam.
Manuka honey ini boleh diolah dan dijadikan sebagai mask muka pada setiap malam. Manuka honey mask ini berfungsi sebagai anti bakteri dan anti radang pada kulit muka dan boleh membantu proses pembentukan sel kulit muka yang baru. Selain itu, manuka honey mask ini juga mempunyai sifat exfoliates sama seperti scrub muka, sel-sel kulit mati akan dibersihkan apabila memakai mask ini.
Amalkan Toner Semulajadi
Bulgarian Rose Water
Untuk toner wajah anda boleh menggunakan air bunga ros yang terjual di pasaran. Kebaikan air bunga rose ini adalah boleh menghilangkan kesan kemerahan pada parut dan membersihkan kulit dari sel-sel mati.
Selain itu, air bunga rose ini juga mempunyai aroma yang wangi dan boleh melembutkan kulit anda. Air bunga ini boleh dijadikan sebagai semburan untuk melembap dan melembutkan wajah anda.
Akhir Kata
Mempunyai kulit yang cantik dan bebas perut adalah idaman ramai orang. Terdapat banyak petua untuk menghilangkan parut jerawat berlubang dan parut jerawat hitam yang boleh diamalkan, yang paling penting adalah anda perlu memastikan kulit anda sihat agar proses pemulihan sel kulit pada parut menjadi cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
Kredit: holistichabits
Sumber Youtube holistichabits : HOW I HEALED MY ACNE SCARS NATURALLY!