Table of Contents
Bagi seseorang yang mementingkan penjagaan kulit pasti akan tidak senang apabila melihat terdapat jerawat pasir @ fungal acne yang tumbuh pada kulit muka. Malah lebih teruk apabila jerawat pasir ini mula tumbuh dengan banyak dan tertumpu pada bahagian dahi, pipi, dan dagu. Namun dengan amalan dan cara penjagaan yang betul jerawat pasir ini sebenarnya boleh disembuhkan. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara hilangkan jerawat pasir dalam satu malam.
Disebabkan jerawat pasir @ fungal acne ini berbeza daripada jerawat biasa, maka untuk merawat dan cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat ini perlulah menggunakan cara yang betul. Terdapat cara hilangkan jerawat pasir secara semulajadi, namun anda juga boleh menggunakan beberapa jenis produk untuk merawat jerawat pasir yang sesuai bagi menghalang ia daripada merebak.
Apa Itu Jerawat Pasir?
Jerawat pasir adalah salah satu keadaan bintik-bintik halus pada kulit yang berpunca daripada sejenis yis yang dipanggil Pityrosporum @ Malassezia. Yis ini boleh merebak dan menyebabkan tumbuhnya bintik seperti jerawat pada kulit muka.
Jerawat pasir = Pityrosporum Folliculitis
Perbezaan Jerawat Pasir Dan Jerawat Biasa
Bentuk fizikal jerawat pasir ini adalah berbintik-bintik kecil, ada di antaranya akan kelihatan kemerah-merahan menjadikan jerawat pasir ini sering disalah anggap sebagai jerawat biasa. Yis ini tumbuh secara abnormal dan menyebabkan folikel rambut mengalami keradangan yang wujudnya bintik halus.
Yis Malassezia ini juga menjadi punca kepada beberapa jenis keadaan kulit yang lain seperti dermatitis seborea, ataupun biasa dipanggil dengan masalah kelemumur dan tinea versicolor iaitu masalah ruam pada kulit terutamanya di bahagian dada dan belakang.
Jerawat pasir ini berbeza dengan jerawat biasa, jerawat biasa adalah berpunca daripada beberapa jenis bakteria yang merebak pada kulit bukannya disebabkan oleh yis. Selain itu, jerawat biasa juga boleh berpunca daripada lebihan pengeluaran minyak, proses salin kulit yang abnormal, dan juga berpunca daripada hormon.
Ciri-ciri Jerawat Pasir
Sebelum memulakan rawatan jerawat pasir, anda terlebih dahulu perlu mengetahui sama ada jenis jerawat yang anda alami sekarang adalah berpunca daripada yis atau bakteria. Ini penting kerana jika tersalah rawat, yis ini akan membiak dengan ketara pada kulit. Ciri-ciri jerawat pasir adalah:
- Mempunyai bintik-bintik yang kecil dan halus
- Bintik-bintik ini mempunyai saiz yang sama antara satu dengan yang lain
- Jerawat pasir ini banyak tumbuh di kawasan belakang badan, bahagian dada, dan kawasan kulit muka.
- Jika jerawat pasir ini tumbuh di muka, kelompok bintik-bintik ini akan biasa tumbuh di kawasan dahi, bawah pipi, dan dagu.
- Jerawat pasir akan menyebabkan gatal-gatal pada kulit
Punca Jerawat Pasir Cepat Merebak
- Pengambilan antibakteri
- Masalah kulit berminyak
- Kuat berpeluh
- Cuaca panas dan lembap
Cara Menghilangkan Jerawat Pasir Dengan Cepat Dan Berkesan
Disebabkan jerawat pasir berpunca daripada jangkitan yis, maka cara terbaik untuk merawat jangkitan yis ini adalah dengan menggunakan produk anti-fungal. Terdapat banyak produk anti-fungal yang terdapat di pasaran yang sesuai untuk digunakan sama ada produk krim sapu ataupun produk basuhan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa shampoo rambut boleh digunakan sebagai rawatan untuk jerawat pasir. Shampoo adalah produk untuk menghilangkan kelemumur, maka ia sesuai digunakan untuk merawat jerawat pasir memandangkan kedua-duanya berpunca daripada jenis yis yang sama. Terdapat beberapa jenis produk yang sesuai digunakan antaranya adalah:
Produk Hilangkan Jerawat Pasir
Vanicream Free & Clear Hair Shampoo
Kelebihan shampoo jenama vanicream ini adalah mempunyai kandungan yang baik untuk kulit seperti zink pyrithione. Selain itu, shampoo ini juga tidak mempunyai sebarang pewangi tiruan yang boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif. Shampoo jenama venicream ini tidak mempunyai sebarang pengawet di dalam kandungannya menjadikan ia selamat untuk semua jenis kulit.
Vanicream Cleansing Bar
Selain daripada shampoo, anda juga menggunakan vanicream cleansing bar untuk merawat jerawat pasir di badan. Sama seperti Vanicream jenis shampoo, ia juga mempunyai kandungan zinc pyrithione yang tinggi bagus untuk membasmi yis. Dengan bar ini anda boleh jadikan ia sebagai sabun basuh muka @ cleanser harian anda.
Sabun Sulfur
Kelebihan sabun sulfur ini adalah selain boleh merawat jerawat pasir, ia juga boleh membantu mengurangkan masalah kulit berminyak. Seperti dinyatakan, salah satu punca yis merebak adalah disebabkan masalah kulit muka yang berminyak, maka jika anda mempunyai masalah kulit muka yang berminyak dan juga jerawat pasir, sabun sulfur ini adalah pilihan terbaik anda. Selain itu, sabun sulfur ini juga boleh didapati dengan harga yang mampu milik di farmasi mahupun secara dalam talian.
Akhir Kata
Cara hilangkan jerawat pasir dalam satu malam adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Ini kerana jerawat pasir ini terbentuk disebabkan jangkitan yis yang mana memerlukan masa untuk sembuh dan surut. Namun begitu, anda boleh mengamalkan produk-produk di atas yang terbukti secara kajian saintifik untuk mengurangkan masalah jerawat pasir. Selamat mencuba!
Kredit: The Budget Dermatologist
Sumber Youtube The Budget Dermatologist: Do YOU have Fungal Acne? | Dermatologist Talks Symptoms and Treatments!