Cara menghilangkan jerawat pasir di dahi

Cara Menghilangkan Jerawat Pasir Di Dahi, Dagu, & Pipi

Jerawat pasir adalah salah satu jenis jerawat yang sering dialami oleh warganet di Malaysia. Baik lelaki mahupun wanita, jerawat pasir ini sering tumbuh di kawasan dahi, dagu dan juga pipi. Ternaya jerawat pasir ini berbeza sama sekali dengan jenis jerawat biasa yang lain, maka di dalam artikel kali ini kami kongsikan cara menghilangkan jerawat pasir di dahi, dagu, dan pipi.

Apa Itu Jerawat Pasir? Comedonal Acne Atay Fungal Acne?

Kerap kali seseorang yang mengalami jerawat pasir mengeluh dengan mengatakan ia adalah sejenis jerawat pasir fungal acne, namun sebenarnya kebanyakan jerawat yang timbul terutamanya iklim seperti Malaysia adalah bukan fungal acne, tetapi sejenis jerawat yang dinamakan comedonal acne. Comedonal acne ini juga biasa tumbuh di dahi, dagu, dan jerawat di pipi mahupun kawasan yang berminyak. 

Kedua-dua jerawat ini pada luarannya kelihatan sama iaitu berbintik-bintik pasir. Tetapi yang membezakan kedua-dua jenis jerawat ini adalah fungal acne akan hadir dengan rasa gatal pada bintik-bintik jerawat. Rasa gatal ini adalah disebabkan jangkitan yis yang menjadi punca terjadinya fungal acne, bagi comedonal acne pula, jerawat yang berbintik pasir ini tidak menyebabkan rasa gatal pada kulit.

Jenis-jenis Jerawat Pasir Comedonal

Whitehead

Whitehead pula adalah sejenis jerawat pasir yang terbahagi kepada dua iaitu yang whitehead yang belum kelihatan dan whitehead yang kelihatan. Whitehead ini biasanya muncul di kawasan dahi, dagu, pipi dan kawasan kulit muka yang berminyak.

Blackhead

Blackhead adalah sejenis jerawat pasir comedonal yang berlaku disebabkan saluran atas comedo terbuka dan teroksida. Hasilnya bahagian atas comedo yang terbuka tadi akan menjadi hitam dan keras.  

Punca Jerawat Pasir Comedonal Acne

Jerawat pasir comedonal ini adalah sejenis jerawat yang ringan dan tidak serius yang mana ia masih boleh dirawat dan dihilangkan dengan cara yang betul. Sama juga seperti jerawat biasa yang lain, jerawat pasir comedonal juga terjadi disebabkan beberapa punca antaranya adalah:

Liang Pori Tersumbat

Liang pori tersumbat adalah punca utama berlakunya masalah jerawat, liang pori ini boleh tersumbat dan mula mendapat jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat. Antara sebab terjadinya liang pori tersumbat adalah disebabkan minyak yang berlebihan, sel kulit mati, dan juga bakteria.

Hormon

Jika anda mengalami jerawat yang sering timbul dalam jangka masa yang lama, maka berkemungkinan ia disebabkan hormon badan. Jerawat yang disebabkan hormon ini akan timbul dan hilang apabila tiba masanya. 

Kebiasaanya, jerawat yang berpunca daripada hormon ini sering dialami oleh kaum lelaki apabila meningkat dewasa. Pada masa ini, hormon testosteron yang berlebihan akan merangsang kelenjar minyak pada liang pori maka terjadinya jerawat pasir comedonal.

Kulit Berpeluh Dan Sensitif

Kulit mempunyai sistem semulajadinya yang akan mengimbangi suhu dengan cara menghasil peluh pada kulit. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif ditambah pula dengan penggunaan krim luaran yang tidak sesuai akan menyebabkan liang pori tersumbat dan berlaku jerawat pasir comedonal. 

Cara yang betul sebelum menggunakan krim luaran adalah sapu dahulu pada satu tempat selepas ia dibersihkan dan seeloknya guna krim yang cepat serap, terutamanya kawasan kulit muka yang berminyak seperti dahi dan bawah dagu. Jika kesan baik barulah boleh sesuaikan penggunaan seluruh wajah. 

Merokok

Ramai yang menganggap merokok menyebabkan jerawat adalah satu mitos sahaja, tetapi realitinya merokok boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat di kulit muka. Kajian ini telah menunjukan budaya merokok boleh mempengaruhi keadaan kesihatan kulit. 

Penggunaan Exfoliation Berlebihan

Kulit yang mengalami proses salin kulit atau mengelupas yang terlalu kerap akan menyebabkan berlakunya jerawat pasir comedonal. Tidak dinafikan terdapat produk yang mempunyai kandungan exfoliation untuk menghilangkan jerawat, namun penggunaanya terhadap kulit muka hendaklah tidak berlebihan sehingga menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit. 

Cara penggunaan terbaik produk exfoliation adalah dengan menggunakan kandungan exfoliation yang rendah terlebih dahulu. Baca dahulu kandungan pada label produk dan pilih yang mempunyai peratus yang rendah terlebih dahulu.

2 Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Jerawat pasir comedonal ini memerlukan masa untuk hilang dan sembuh, oleh itu jerawat pasir ini tidak boleh sama sekali hilang dalam masa sehari atau semalam. Disini kami kongsikan 2 jenis bahan yang boleh didapati di dalam produk kosmetik yang boleh membantu menghilangkan jerawat pasir comedonal ini. 

Salicylic Acid

Kelebihan ramuan salicylic acid ini adalah mempunyai kelebihan membersihkan liang pori yang tersumbat. Asid ini akan masuk dan membersihkan di dalam kawasan liang pori hingga bersih untuk mengelakkan berlakunya jerawat pasir comedonal.

Penting dan perlu diingat bahawa asid ini adalah sejenis asid yang kuat, maka anda harus menggunakan dengan betul agar tidak berlebihan dan menyebabkan kesan sampingan pada kulit.

Laptic Asid

Konsepkan sama seperti asid-asid lain, laktik asid ini berfungsi untuk membersihkan pori-pori yang mengandungi minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Kelebihan laktik asid adalah ia AHA yang bersifat lembut untuk kulit, namun sekali lagi, elakkan menggunakan secara berlebihan. Gunakan sedikit tetapi konsisten untuk hasil yang berkesan.

**Untuk menghilangkan jerawat pasir comodenol anda hanya perlu mengunakan salah satu daripada 2 cadangan di atas untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

Akhir Kata

Jerawat pasir adalah sejenis jerawat ringan yang mempunyai harapan untuk sembuh dan dihilangkan. Cara menghilangkan jerawat pasir ini perlu dilakukan secara konsisten hinggalah mendapat hasil yang berkesan dan kulit semakin sihat. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda dalam mencari solusi kepada masalah jerawat anda.

Kredit: glowwe
Sumber Youtube glowwe: Comedonal Acne vs Fungal Acne. Ini Cara Menghilangkannya

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top