jerawat di kepala

Jerawat di Kepala, Pipi, & Dagu

Jerawat di kepala, jerawat di pipi dan punca jerawat di dagu adalah kawasan yang paling banyak ditumbuhi jerawat untuk kebanyakkan orang. Jerawat yang tumbuh di kawasan muka ini sudah pasti mengganggu keyakinan individu apabila berhadapan dengan orang ramai. Di dalam slot kali ini kami kongsikan semuanya berkenaan jerawat di kawasan wajah dan punca jerawat di muka

Tahukah anda setiap jerawat yang tumbuh di kawasan tertentu di wajah ini boleh jadi ia berpunca daripada sebab yang berbeza. Namun terdapat juga beberapa mitos berkenaan jerawat yang tumbuh di wajah ini tidak betul atau hanya rekaan semata-mata. Oleh itu, disini kami simpulkan beberapa beberapa punca jerawat di muka yang betul melalui kajian saintifik dan juga disebabkan gaya hidup. 

Jerawat di Kepala, Jerawat di Pipi, & Punca Jerawat di Dagu

Untuk merawat masalah jerawat pada wajah anda perlulah terlebih dahulu tahu akan punca berlakunya jerawat di satu-satu lokasi wajah anda. Jika anda tidak mengenalpasti punca jerawat tumbuh ini, masalah jerawat tidak akan selesai walaupun anda menggunakan rutin skincare dan krim jerawat

Berikut adalah beberapa punca jerawat di pipi dan punca jerawat di kepala yang anda boleh perhatikan. Mungkin ada diantara punca jerawat ini anda tidak sedar boleh menyebabkan jerawat pada wajah anda. 

Anda boleh juga untuk mendapatkan produk rekomendasi untuk mengurangkan masalah jerawat anda. Jangan lupa untuk tebus Voucher Percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Punca Jerawat Di Sekitar Rambut

Jerawat yang tumbuh di sekitar kulit rambut kebiasaanya berpunca daripada penggunaan produk rambut seperti shampo, krim, gel rambut dan sebagainya. Ini menyebabkan kulit di sekitar rambut mengalami kesan sampingan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh. 

Cara hilangkan jerawat di sekitar rambut:

  • Gunakan produk rambut jenis noncomedogenic.
  • Gunakan shampo yang mengandungi bahan semulajadi
  • Kerap membasuh tudung terutamanya anak tudung

Jika anda mendapati jerawat mulai tumbuh di sekitar kulit rambut, anda perlu berhenti seketika penggunaan sebarang produk rambut anda dan selangkan penggunaan shampo anda. Basuh rambut anda dengan air bersih dengan kerap @ kami cadangkan anda menukar shampo anda kepada ramuan 97% semulajadi iaitu Aveda Rosemary Mint Purifying Shampoo anda boleh menekan butang di bawang untuk terus ke laman Shopee Mall.

Punca Jerawat Di Pipi 

Jerawat di pipi adalah yang sering dirisaukan terutamanya kaum wanita, ia bertambah teruk apabila jerawat ini mengalami keradangan dan mulai bengkak, kemerahan, dan mengeluarkan nanah. 

Cara hilangkan jerawat di pipi:

  • Tukar alas bantal dan tempat tidur dengan kerap
  • Bersihkan telefon anda setiap hari

Untuk jerawat di pipi ini rata-rata ia berpunca daripada jangkitan bakteria seperti E. coli dan beberapa bakteria lain lagi. Tanpa sedar penggunaan telefon juga boleh menyumbang kepada jangkitan bakteria ini di pipi. Ia juga boleh berpunca daripada tempat tidur atau bantal tidak dibersihkan dengan baik.  

Punca Jerawat Di Dagu @ Jawline

Bagi jerawat di bahagian dagu dan rahang muka pula ia disebabkan masalah ketidakstabilan hormon badan dan juga masalah pada organ usus. Ia juga menjadi tanda badan anda mengeluarkan lebihan hormon androgen yang merangsang pori untuk menghasilkan sebum dengan banyak.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh diet yang tidak sihat, pengambilan makanan yang diproses juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah jerawat di jawline ini. Jika ini berlaku anda boleh mulakan dengan mengubah diet yang lebih seimbang. 

Cara hilangkan jerawat di jawline:

  • Ubah diet harian kepada lebih seimbang
  • Kurangkan pengambilan makanan yang ada bahan pengawet

Punca Jerawat Di Dahi & Hidung

Kawasan yang dikenali sebagi T zon ini adalah antara kawasan yang kerap dijangkiti jerawat degil. Punca utama berlakunya jerawat pada T zon ini adalah disebabkan stress dan kelesuan badan. 

Ini boleh dibuktikan dengan melihat rata-rata golongan pelajar akan mengalami masalah jerawat pada T zon ini. Ia juga boleh disebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan dan ditambah pula dengan tiada rutin penjagaan yang muka yang baik. 

Cara hilangkan jerawat di T zon:

  • Elakkan menyentuh kawasan T zon
  • Pastikan tidur anda cukup
  • Elakkan stress

Jika anda mengalami masalah jerawat pada T zon ini maka ia adalah tanda anda perlukan lebih rehat. Pastikan anda mempunyai jadual kerja @ belajar yang ideal agar tidak mengalami stress yang melampau. Jika jerawat T zon anda hadir bersama kulit yang berminyak, anda boleh gunakan bahan aktif seperti salicylic acid seperti Neutrogena Cleanser Oil Free Acne Cream Wash, teken link di bawah untuk terus ke laman Shopee. 

Cara Hilangkan Jerawat Menggunakan Krim Sapu

Apabila anda sudah mengetahui punca kepada masalah jerawat pada wajah anda, adalah lebih mudah untuk anda sembuhkan jerawat dengan melakukan langkah pencegahan. Selain itu, anda juga boleh cepatkan lagi proses untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan krim jerawat @ ubat jerawat yang terdapat di pasaran.

Ubat jerawat ini mempunyai bahan aktif yang berfungsi untuk kecutkan jerawat pada kulit anda. Terdapat banyak produk yang terdapat di pasaran. Disini kami senaraikan beberapa krim jerawat yang popular dan dijual dengan harga mampu beli. 

PanOxyl (Benzoyl Peroxide)

cara hilangkan jerawat badan

Ubat untuk jerawat yang paling biasa sejak dari dahulu lagi adalah dengan menggunakan benzoyl peroxide. Antara jenama yang popular adalah PanOxyl. Produk ini boleh digunakan untuk merawat jerawat di sekitar muka, badan, dan juga belakang badan. Ia mengandungi kandungan benzoyl peroxide sebanyak 4%, yang mana sesuai untuk anda yang mempunyai jerawat yang degil dan tegar pada permukaan kulit badan.

Namun harus diingat bahan aktif ini mempunyai kesan yang kuat jika berlebihan boleh menyebabkan kulit anda kering dan keradangan. Pastikan anda membaca arahan pada label sebelum membeli.

Neutrogena Cleanser Oil Free Acne Cream Wash (Salicylic Acid )

jerawat di kepala

Pilihan bahan aktif seterusnya adalah Salicylic Acid, terdapat banyak produk yang mengandungi Salicylic Acid ini,antara yang kami cadangkan adalah Neutrogena Cleanser. Pencuci muka ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit yang berminyak dan sel kulit mati berlebihan. Bahan aktif ini boleh meresap ke dalam liang pori untuk membersihkan agar tidak berlaku jerawat.

Untuk Salicylic Acid ini lebih sesuai kepada masalah jerawat yang ringan dan tidak serius, selain pencuci muka, jenama ini juga mempunyai beberapa lagi set skincare untuk pilihan anda. Untuk butiran lanjut boleh tekan link di butang Shopee di bawah. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Secara asasnya, jerawat ini berpunca daripada masalah liang pori yang tersumbat dan mengalami keradangan. Jerawat yang tumbuh di sekitar kawasan muka ini adalah tanda kepada gaya hidup yang tidak sihat seperti diet yang tidak seimbang dan kebersihan yang tidak terjaga. Anda perlu terlebih dahulu mengubah gaya hidup yang menjadi punca kepada masalah jerawat ini agar jerawat anda tidak tumbuh kembali selepas dirawat. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top