krim jerawat

Krim Jerawat Terbaik

Terdapat banyak jenis krim jerawat yang boleh didapati di farmasi dan juga keluaran jenama-jenama skincare untuk dijadikan pilihan anda. Namun tahukah anda bahawa setiap krim jerawat ini mempunyai bahan aktif dan ramuan yang berbeza untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh di permukaan kulit anda.

Terdapat beberapa jenis bahan aktif hilangkan jerawat yang terdapat di pasaran masa kini, setiap satu bahan aktif ini mempunyai kelebihan dan kekurang tersendiri. Dengan adanya bahan aktif yang berbeza ini membolehkan anda mencuba ramuan manakah yang ideal dengan kulit anda. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan bahan aktif ini boleh teruskan membaca artikel ini untuk info lanjut berkenaan krim jerawat.

Kenapa Jerawat Tumbuh di Muka?

Berikut adalah beberapa punca jerawat secara ringkas untuk rujukan anda. Anda mungkin mengalami salah satu punca-punca ini:

  • Hormon tidak stabil, terutamanya wanita
  • Diet pemakanan tidak seimbang @ makanan proses
  • Gaya hidup tidak sihat @ Stress
  • Udara sekeliling tidak bersih

Punca-punca di atas akan menyebabkan wujudnya keadaan kulit yang tidak sihat dan menyebabkan jerawat tumbuh melalui sebab-sebab berikut:

  • Sel kulit mati terkumpul
  • Liang pori tersumbat
  • Kelenjar minyak berlebihan
  • Keradangan dan jangkitan bakteria

Punca-punca jerawat ini biasanya boleh dilihat terutamanya apabila ia tumbuh di kawasan muka yang khusus, contohnya hormon tidak stabil boleh jadi punca jerawat di dagu. Kawasan T zon juga adalah kawasan yang kerap kali jerawat tumbuh, jerawat di T zon ini adalah berpunca daripada stress dan kebersihan yang tidak terjaga.  

Krim Jerawat & Krim Hilangkan Parut Jerawat 

Setiap kulit mempunyai kondisi dan punca jerawat yang berbeza antara setiap individu, oleh itu untuk memilih krim jerawat yang sesuai ini anda perlu try & error hinggalah menemui ramuan produk yang sesuai dengan kulit anda. Tambahan, setiap bahan aktif merawat jerawat ini juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat kecuali parut berlubang yang memerlukan rawatan oleh pakar kulit. 

Bagi anda yang kali pertama ingin mencuba merawat jerawat ini anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak jenis ubat jerawat yang dijual di farmasi dan Watson. Berikut kami kongsikan bahan aktif untuk merawat jerawat dan juga beberapa produk rekomendasi yang popular untuk rujukan anda. 

Produk yang kami senaraikan ini adalah antara yang popular dan menjadi pilihan warganet disebabkan ia dijual dengan harga mampu beli. Anda tidak perlukan produk yang mahal untuk cantik, tetapi dengan syarat anda perlu tahu ramuan yang sesuai untuk kulit anda. Jangan lupa untuk tebus Voucher Percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Benzoyl Peroxide (Exfoliator)

Apabila bercakap mengenai ubat jerawat, bahan aktif yang paling popular dari dahulu lagi adalah benzoyl peroxide. Fungsi utama bahan aktif ini adalah membantu untuk membuang sel kulit mati dan menyokong pertumbuhan sel kulit yang baru. 

Walaupun ia popular dan berkesan menghilangkan jerawat dalam tempoh masa yang singkat. Benzoyl peroxide ini mempunyai sedikit kelemahan ia iaitu boleh menyebabkan kulit menjadi kering jika terlampau banyak dos disapukan pada kulit. 

Untuk mengelak ia berlaku anda dicadangkan untuk menggunakan pelembap @ moisturazer sebelum memakai benzoyl peroxide ini. Untuk anda yang mengalami kulit sensitif pastikan anda menggunakan produk benzoyl peroxide dengan jumlah peratus 2% ke bawah dahulu

Benzoyl Peroxide:

  • Membuang sel kulit mati
  • Menyokong sel kulit baru
  • Peratusan 2% ke bawah untuk kulit sensitif

Benzac Ac

krim jerawat

OXY 5

Salicylic Acid (BHA Chemical Exfoliant)

Selain benzoyl peroxide, salicylic acid juga bagus untuk merawat jerawat yang sederhana serius. Ia mempunyai sifat membersihkan sel kulit mati di dalam liang pori-pori kulit dan sesuai anda yang mempunyai whitehead dan blackhead. 

Kekurangan salicylic acid ini adalah ia menjadikan kulit sensitif terhadap cahaya matahari, jadi anda perlu mengenakan sunscreen @ pelembap untuk menjadikan kulit lebih stabil. Salicylic acid adalah bahan aktif yang sesuai sebagai bahan ganti untuk mereka yang tidak sesuai dengan benzoyl peroxide. 

Terdapat banyak jenama produk yang menggunakan bahan Salicylic Acid ini di pasaran. Dibawah ini adalah senarai produk Salicylic Acid yang popular dan anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM100 sahaja.

Salicylic Acid:

  • Sesuai untuk hilangkan whitehead dan blackhead
  • Meresap ke dalam liang pori untuk buang sel kulit mati

Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid

krim jerawat

The Ordinary 

krim jerawat

Skintific Salicylic Acid 

krim jerawat

Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Salicylic Acid

krim jerawat

Sulphur 

Bahan aktif seterusnya adalah sulphur, bahan aktif merawat jerawat ini biasanya dijadikan dalam bentuk sabun mandian dan krim. Ia sesuai untuk anda yang mempunyai masalah jerawat di badan kerana boleh mengantikan sabun mandian. 

Kelebihan sulphur ini adalah ia tidak berminyak dan boleh bertindak sebagai anti bakteria yang bagus untuk kulit. Namun kesan sampingan kulit anda akan sensitif kepada cahaya matahari jika digunakan melebihi keperluan. 

Sulphur:

  • Tekstur kurang berminyak
  • Sebagai anti bakteria 

Nixoderm Sulfur & Salicylic Acid Soap

krim jerawat

Harrogate Sulfur Soup

Clindamycin (Topical Antibiotic)

Krim untuk hilangkan jerawat seterusnya adalah clindamycin, ia berfungsi untuk membunuh bakteria yang ada pada kulit dan juga sebagai antibiotik untuk jerawat pada permukaan kulit.

Kelemahan clindamycin ini adalah ia antibiotik yang boleh menyebabkan bakteria resistance jika digunakan secara kerap. Pastikan anda merujuk farmasi sebelum menggunakan bahan aktif ini. 

Clindamycin:

  • Antibiotik pada kulit
  • Membunuh bekteria 

Tretinoin

Tretinoin ini adalah sejenis vitamin A yang memerlukan rujukan doktor sebelum menggunakan pada kulit wajah. Ia berfungsi untuk membuang sel kulit mati dan membersihkan liang pori-pori tersumbat. Kelebihan bahan aktif ini adalah ia membantu kulit untuk meredakan keradangan disebabkan jerawat. Namun begitu, penggunaan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan. 

Tretinoin:

  • Membuang sel kulit mati
  • Membersihkan liang pori
  • Meredakan keradangan

Adapalene

Untuk adapalene pula adalah vitamin A sama seperti Tretinoin, cuma yang membezakan adalah adapalene ini kurang aktif berbanding tretinoin. Pastikan anda mendapatkan rujukan doktor sebelum menggunakan adapalene ini.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi anda yang sedang mencari krim jerawat yang terbaik, kami cadangkan anda dapatkan dahulu samada produk yang mempunyai ramuan benzoyl peroxide atau salicylic acid. Ini kerana kedua bahan ini sanga popular dan boleh didapati secara dalam talian sahaja dan tanpa perlu rujukan doktor pakar.

Namun jika jerawat anda semakin teruk dan tidak hilang, maka anda perlu membuat rujukan doktor untuk penggunaan krim yang mempunyai bahan aktif lebih kuat. Anda mencari makanan yang sesuai untuk diet? Boleh terus ke slot Makanan Diet Malam untuk rujukan lanjut. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top