cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat

5 Cara Nak Kecutkan Jerawat Dalam Masa Singkat

Boleh dikatakan hampir sebahagian besar warganet pernah mengalami masalah jerawat pada bahagian kulit muka. Keadaan kulit yang berjerawat ini sudah pastinya akan memberikan kesan kepada personaliti seseorang. Namun tahukah anda bahawa jerawat ini sebenarnya boleh dikecutkan dalam masa yang singkat? Di dalam artikel ini kami kongsikan cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat.

5 Punca Jerawat Naik Mendadak

Untuk merawat masalah jerawat, haruslah terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca-punca kepada berlakunya masalah jerawat pada kulit muka. Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan jerawat antaranya ialah:

Alergi Makanan

Makanan adalah keperluan bagi semua orang, namun anda juga perlu tahu akan jenis makanan yang boleh menyebabkan alergi kepada badan terutamanya kulit anda. Punca ini tidak semestinya jerawat tetapi lebih kepada ruam, kulit kering dan gatal-gatal hasil daripada alergi makanan yang menyebabkan jangkitan bakteria dan berlakunya jerawat. Terdapat juga bahan kimia di dalam makanan yang menyebabkan kulit menjadi sensitif dan kurang daya tahan bakteria.

Tinggi Hormon Androgen

Hormon androgen adalah hormon yang sinonim pada seorang lelaki, kaum wanita tidak memerlukan hormon androgen ini dalam kadar yang banyak. Jika seseorang wanita mengalami masalah hormon androgen yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan berlakunya masalah seperti:

  • Bulu tumbuh pada muka/misai
  • Keguguran rambut
  • Suara menjadi garau
  • Cepat letih
  • Jerawat

Wanita yang mempunyai jerawat berkemungkinan mempunyai hormon androgen yang tinggi daripada normal. Salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan hormon androgen adalah apabila tingginya pengeluaran hormon insulin dalam badan. Oleh itu, untuk mengelakkan peningkatan hormon insulin dicadangkan agar mengamalkan diet keto iaitu diet tinggi lemak rendah karbohidrat. 

Antara faktor lain yang menjadi punca tingginya hormon androgen pada wanita adalah akibat daripada stress. Ini berlaku kerana apabila stress badan akan menghasilkan hormon adrenal yang mana akan merangsangkan lebih banyak androgen. Apabila stress, badan turut menghasilkan testosterone DHT yang juga boleh menjadi punca jerawat pada wanita.

Kurang Vitamin A

Salah satu punca berlakunya jerawat adalah disebabkan kurangnya vitamin A dalam badan. Semua maklum bahawa vitamin dan mineral mempunyai banyak kebaikan untuk badan yang sihat dan cergas. Terdapat beberapa punca menyebabkan badan mengalami kekurangan vitamin A antaranya adalah masalah pada organ hati atau masalah semasa proses pencernaan makanan semasa di dalam perut dan usus. 

Disebabkan itu terdapat banyak jenis vitamin yang dijual dengan dalam bentuk makanan tambahan bagi kanak-kanak. Namun untuk merawat masalah jerawat ini, dicadangkan agar mengamalkan pengambilan vitamin A dari COD liver oil

Tinggi Hormon Estrogen

Sebarang situasi yang menyebabkan rangsangan hormon estrogen pada wanita juga akan mengakibatkan berlakunya jerawat pada kulit, antaranya adalah semasa menstrual cycle dan juga ketika menopause bagi sesetengah wanita.

Rendah Zinc Mineral

Salah satu sebab lain berlakunya jerawat adalah kekurangan mineral zink dalam badan. Zink adalah mineral yang berkait rapat dengan organ kulit. Tanda-tanda anda mengalami masalah kekurangan zink boleh dilihat pada kulit yang kering, kulit bersisik, dan jerawat. Cara terbaik untuk memastikan bekalan zink dalam badan cukup adalah dengan mengamalkan diet tinggi lemak dan rendah karbohidrat.

5 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat ini adalah cara yang dilakukan untuk merawat secara dalaman badan iaitu nutrisi. Anda juga boleh mengamalkan cara merawat luaran seperti memakai produk hilangkan jerawat mahupun petua-petua tradisional. Namun cara hilangkan jerawat dengan cepat melalui penjagaan nutrisi dan kesihatan dalaman adalah lebih baik dan terbukti berkesan. 

Amalkan Diet Keto

Bagi warganet di Malaysia mungkin belum terdedah berkenaan diet yang dikenali sebagai keto diet ini. Keto diet ini adalah diet yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat, keistimewaan keto diet adalah badan akan berada di dalam kondisi ketone iaitu badan akan menggunakan lemak yang tersimpan untuk dijadikan sebagai tenaga, ini menjadikan pembakaran lemak menjadi lebih banyak.

Dalam keadaan masalah jerawat pula, jika diperhatikan punca berlakunya jerawat adalah disebabkan pengambilan karbohidrat yang tinggi dalam nutrisi makanan. Maka dengan mengamalkan pemakanan yang rendah karbohidrat akan mengelakkan berlakunya rangsangan kepada timbulnya jerawat pada kulit.

Amalkan Puasa If (Intermittent Fasting)

Puasa IF selalunya dilakukan bersama-sama dengan keto diet, ini kerana konsepnya sama iaitu untuk menjadikan badan berada dalam kondisi ketone dan membakar lebih banyak lemak dalam badan. Diet if adalah salah bentuk pattern makan bila hendak makan dan bila hendak berpuasa (tidak makan).

Ternyata puasa IF ini juga sangat sesuai untuk menghilangkan jerawat kerana apabila badan dalam keadaan puasa, ia berada dalam kondisi membaiki @ repair mode sel-sel badan termasuklah sel kulit. Selain itu, dengan berpuasa juga membolehkan anda berhenti memakan makanan yang berpotensi alergi kepada organ kulit.

Pengambilan Vitamin A Dan Zink

Bagi seseorang yang mengalami masalah kekurangan vitamin dan mineral anda boleh mengamalkan diet rendah karbohidrat, dan juga mengambil makanan tambahan untuk mengisi kekurangan ini. Contohnya bagi kekurangan vitamin A anda boleh mengambil COD liver oil yang kaya dengan vitamin A sebagai makanan tambahan harian anda.

Kurangkan Stress

Ternyata stress juga adalah punca kepada masalah jerawat, maka tidak ada cara lain melainkan anda belajar untuk mengurus stress dengan betul dan berhemah. Kenalpasti punca berlakunya stress dan mula cari jalan solusi agar tidak terbawa-bawa sehingga stress yang berpanjangan.

Pengambilan Sayur Cruciferous (Kubis)

Mungkin ramai tidak tahu bahawa sayur-sayuran hijau terutamanya sayuran cruciferous seperti kubis, broccoli, dan bok choy bagus untuk menstabilkan hormon estrogen. Jadi untuk menghilangkan jerawat pada kulit, dicadangkan agar anda banyakkan pengambilan sayuran hijau di dalam pemakanan harian anda.

Akhir Kata

Terdapat beberapa cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat yang boleh diamalkan, tips-tips yang dikongsikan di atas adalah hasil daripada kajian saintifik yang melibatkan rawatan jerawat melalui nutrisi dan kesihatan dalaman. Diharap dengan info ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk kekal cantik dan sihat bebas jerawat. Selamat mencuba!

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Halal Keto Food : https://shp.ee/9pxth72

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: How to Get Rid of Acne Fast

 

Scroll to Top