Table of Contents
Jerawat di kemaluan adalah masalah yang boleh dihadapi oleh wanita dan juga lelaki. Masalah benjolan jerawat di sekitar kemaluan ini adalah sebahagian daripada masalah kulit yang boleh menyebabkan rasa gatal, sakit, dan mengganggu aktiviti harian seseorang.
Selain itu, masalah jerawat di bulu kemaluan ini juga boleh mengganggu keyakinan seseorang terutamanya apabila bersama-sama dengan pasangan. Di dalam slot perkongsian ini kami kongsikan semuanya mengenai masalah kulit berjerawat di sekitar kawasan kelamin.
Jerawat Di Kemaluan Wanita
Kebanyakkan masalah jerawat di kemaluan ini biasanya dialami oleh kaum wanita, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku antaranya adalah kerana bahagian kelamin wanita lebih sensitif berbanding lelaki.
Jerawat di kelamin ini bukanlah satu masalah yang serius, namun ia boleh menggangu keyakinan anda dan boleh membuat anda berasa tidak selesa. Nak tahu punca dan cara untuk mengatasinya? Teruskan membaca slot perkongsian ini hingga habis.
Punca Jerawat Tumbuh Di Kemaluan
Seperti juga bahagian kulit wajah, terdapat beberapa punca kenapa jerawat mulai tumbuh pada bahagian sulit wanita. Berikut adalah beberapa punca kenapa ia mulai tumbuh:
Sentuhan Dermatitis
Jika anda mendapati jerawat mulai tumbuh di sekitar kelamin anda, ia berkemungkinan berpunca daripada sentuhan dermatitis. Ia adalah tindakbalas kulit anda terhadap suatu yang bersentuhan dengan kulit sensitif seperti:
- Buih pada sabun, terutamanya sabun yang mempunyai pewangi tiruan.
- Bahan pewangi seperti deodorant, lotion, dan perfumes
- Tampons atau pad
- Air mandian
- Bahan seksual yang tidak bersih
- Ubatan
- Kesan sampingan detergen atau sabun mesin basuh
Selain itu, sentuhan pada kulit ini juga boleh menyebabkan iritasi dan menjadi punca kepada jerawat. Berikut adalah punca kepada berlakunya iritasi:
- Berpeluh
- Keputihan
- Air urine
- Air mani @ semen
Inflamasi Pada Folikel @ Folliculitis
Jerawat juga boleh tumbuh apabila berlaku keradangan folikel bulu @ rambut pada alat kelamin. Jerawat di bulu kemaluan akan tumbuh apabila bahagian keradangan ini bercampur dengan bakteria dan sel kulit mati.
Antara punca yang kerap menyebabkan inflamasi pada folikel ini adalah rutin mencukur bulu @ rambut pada kelamin. Oleh itu, pastikan anda menggunakan pisau cukur yang berkualiti dan lakukan rutin mencukur bulu kelamin dengan cermat untuk mengelakkan berlakunya luka @ keradangan pada folikel.
Jerawat Di Kemaluan Wanita Apakah Berbahaya?
Anda mungkin tertanya-tanya adakah berbahaya apabila jerawat tumbuh pada bahagian sulit. Ia bergantung kepada situasi semasa jerawat yang tumbuh, kebanyakkan jerawat pada alat sulit ini tidak berbahaya dan boleh hilang dalam beberapa hari sahaja sama seperti jerawat di wajah.
Namun jika jerawat mulai tumbuh dengan banyak, berdarah, nanah, dan lambat sembuh, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Ini kerana ia berkemungkinan bukan jerawat biasa tetapi jangkitan kulit yang lebih serius.
Penting untuk diingat adalah jangan sesekali picit jerawat anda, ini kerana ia boleh menyebabkan bakteria merebak ke kawasan lain. Tambahan alat sulit wanita adalah kawasan yang sensitif dengan jangkitan bakteria.
Benjolan Seperti Jerawat Di Sekitar Kemaluan
Jika anda mendapati terdapati bonjolan pada bahagian alat sulit anda, ia mungkin juga disebabkan oleh perkara selain daripada jerawat antaranya seperti cysts, ketuat, atau bonjolan lain. Berikut adalah beberapa bonjolan selain daripada jerawat:
Bartholin’s cysts
Benjolan cysts ini biasanya tumbuh pada kawasan tepi vaginal, jika ia tidak sembuh dalam beberapa hari atau menjadi lebih teruk, segeralah untuk berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Genital herpes
Ia benjolan sama seperti jerawat yang tumbuh sekitar vagina, vulva, dan juga anus. Benjolan ini boleh dirawat dan sembuh.
Genital warts
Ia kerap kali dianggap sebagai jerawat, ketuat ini boleh tumbuh secara bersendirian dan juga tumbuh secara banyak. Ia berpunca daripada human papillomavirus @ HPV yang biasanya dijangkiti semasa melakukan hubungan seks.
Skin tags
Skin tags ini juga salah satu bonjolan yang sama seperti jerawat namun ia adalah gumpalan tisu yang tidak berbahaya kepada kesihatan. Skin tags yang tumbuh pada bahagian kelamin akan menyebabkan ketidak selesaan, anda boleh berjumpa doktor untuk proses membuang lebihan kulit ini.
Petua Hilangkan Jerawat Di Kemaluan Wanita
Jika anda mendapati terdapat bonjolan yang tumbuh di sekitar kawasan kelamin anda, langkah awal adalah elakkan ia daripada pecah, ini bagi mengelakkan bakteria mula merebak ke kawasan kelamin yang lain. Berikut adalah langkah-langkah seterusnya yang anda boleh lakukan:
- Elakkan mengenakan pakaian dalam yang ketat
- Guna pakaian dalam yang diperbuat daripada cotton yang lebih lembut
- Elakkan menyentuh jerawat dengan kerap
- Elakkan mandi dengan air panas
- Elakkan menggunakan sabun, bersihkan dengan air sahaja
- Jumpa doktor jika jerawat tidak hilang dalam dan semakin teruk
- Untuk cukur bulu gunakan gunting, elakkan menggunakan pisau cukur
Bagi anda yang inginkan kesan yang lebih cepat anda boleh cuba untuk sapukan produk hilangkan jerawat seperti benzoyl peroxide pada bahagian jerawat sahaja. Penting, elakkan menyapu produk krim hilangkan jerawat ini ke kawasan alat sulit kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan, gunakan pada bahagian kulit luaran sahaja. Kredit healthline.com
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Walaupun jerawat yang tumbuh di kawasan kelamin ini tidak kelihatan dari pandangan awam, namun ia boleh menyebabkan ketidak selesaan dan mengganggu hubungan sesama pasangan suami isteri. Selain itu, jerawat ini juga berisiko untuk menyebabkan jangkitan kepada bahagian kelamin terutamanya wanita yang sangat sensitif. Nak lebih banyak tips dan rekomendasi? Boleh terus ke slot produk hilangkan jerawat. Semoga bermanfaat!