produk hilangkan jerawat

Produk Hilangkan Jerawat di Watson

Produk hilangkan jerawat memang banyak terdapat di pasaran dan mudah untuk diperoleh masa kini. Jika anda mempunyai masalah jerawat dan ingin mencari produk yang boleh hilangkan jerawat, anda perlu memilih produk yang betul-betul sesuai dengan kulit anda. Ini kerana setiap orang mempunyai kulit yang berbeza dan punca jerawat tumbuh yang juga berbeza.

Kulit berjerawat ini adalah salah satu masalah yang kerap dialami oleh orang ramai terutamanya di awal usia 20 dan 30 an. Bahkan ada yang tumbuh jerawat pada usia 30 an ke atas yang berpunca daripada hormon badan. Oleh itu, pemilihan produk hilang jerawat yang betul adalah perlu untuk setiap orang. Nak tahu senarai produk rekomendasi terbaik? Teruskan membaca slot ini  hingga habis.

Produk Hilangkan Jerawat Di Watson

Terdapat banyak pilihan produk untuk hilangkan masalah kulit termasuklah masalah jerawat yang anda boleh dapati di Watsan, Guardian, dan farmasi berdekatan. Disini kami akan senaraikan beberapa produk merawat jerawat yang popular dan boleh didapati di cawangan watson berdekatan dan juga secara dalam talian Shopee. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini ya.

Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Semasa Merawat Jerawat

Sebelum melihat beberapa produk rekomendasi untuk hilangkan jerawat anda, eloklah terlebih dahulu anda tahu beberapa kesalahan yang sering dilakukan dalam proses merawat jerawat di wajah. Perkongsian ini adalah daripada Puan Mary iaitu pakar dalam penjagaan kulit wajah dan personaliti luaran. Berikut adalah serba ringkas kesalahan yang dilakukan dalam menghilangkan masalah jerawat anda.

Tidak Menggunakan Bahan Aktif Khusus Untuk Jerawat

Ramai orang beranggapan dengan hanya mempunyai produk rutin skincare asas seperti cleanser, moisturazer, serum, dan sun block sudah cukup untuk merawat jerawat di wajah. Ini ternaya silap, kerana anda memerlukan produk yang mengandungi bahan aktif untuk kecutkan jerawat. Antara bahan aktif yang terbaik adalah:

  • BHA (Salicylic Acid)
  • Benzoyl Peroxide
  • Retinol

Setiap satu bahan di atas mempunyai fungsi yang tersendiri dan berbeza dalam merawat punca jerawat. BHA adalah bahan yang berfungsi untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan mengelakkan pori-pori tersumbat iaitu punca kepada jerawat tumbuh. 

Untuk Benzoyl Peroxide pula mempunyai fungsi boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, namun penting dalam penggunaan Benzoyl Peroxide ini anda mesti menggunakan produk yang mengandungi peratusan Benzoyl Peroxide yang rendah terlebih dahulu. 

Retinol adalah bahan merawat punca jerawat yang baru dan paling popular masa kini. Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk dan kian banyak digunakan di dalam produk krim hilangkan jerawat. Fungsi utama retinol ini adalah ia boleh mengurangkan penghasilan minyak dan menyokong proses salin sel kulit mati. 

Bahan Aktif Digunakan Apabila Jerawat Sudah Tumbuh

Kebanyakkan bahan merawat jerawat ini adalah dalam bentuk krim dan ia disapu pada jerawat yang tumbuh. Namun, langkah yang paling selamat adalah dengan mencegah jerawat daripada tumbuh. 

Untuk proses ini anda mestilah terlebih dahulu mengenal kulit wajah anda dan peka akan kondisi yang boleh merangsang jerawat tumbuh seperti kulit berminyak dan kulit sensitif. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan produk yang mengandungi bahan aktif merawat jerawat secara berkala seperti 2 ke 3 kali seminggu sahaja, ini mengurangkan risiko jerawat tumbuh.

Guna Terlalu Banyak Bahan Aktif Dalam Satu Masa

Salah satu kesalahan yang sering dilakukan untuk merawat jerawat adalah apabila menggunakan terlalu banyak bahan aktif dalam satu masa @ satu rutin skincare. Contohnya, menggabungkan cleanser BHA dan pelembap BHA atau BHA dan Lactic Acid dalam satu rutin skincare setiap hari.

Apa yang perlu faham disini adalah anda akan mengambil jumlah bahan aktif lebih daripada disarankan setiap hari. Pengambilan bahan aktif secara berlebihan ini akan menyebabkan risiko gangguan pada skin barrier dan boleh menyebabkan jerawat semakain teruk.  

Tidak Konsisten Merawat Jerawat

Penting untuk diingat, jerawat akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan kecut. Jadi anda perlu sabar dalam menggunakan produk-produk semasa untuk melihat hasil samada berkesan ataupun sebaliknya. 

Sikap nak jerawat cepat sembuh ini adalah punca kenapa ramai orang membeli beberapa jenis produk yang berbeza dalam tempoh singkat. Cara terbaik merawat jerawat adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi ramuan merawat jerawat selama 2 minggu dengan penggunaan yang betul. Jika berkesan boleh teruskan namun jika tidak berkesan, boleh mencuba bahan aktif lain pula.

Tidak Menjaga Kebersihan

Kesalahan yang paling umum tapi boleh mempengaruhi kesan jerawat tumbuh di wajah adalah tidak menjaga kebersihan. Pada asalkan mungkin ia nampak mudah, namun budaya pengotor inilah punca jerawat di wajah tanpa sedar. Contohnya apabila menggunakan telefon yang kotor dan tidak bersih juga boleh mempengruhi jerawat di bahagian telingan dan punca jerawat di pipi

Penggunaan tuala atau kain lap muka yang tidak dibasuh juga boleh menyumbang kepada bakteria tumbuh pada wajah anda. Oleh itu, pastikan anda lebih peka akan kebersihan barangan yang anda guna setiap hari untuk mengelakkan jerawat tumbuh.

Senarai Produk Hilangkan Jerawat Terbaik Di Watson

Berikut adalah beberapa jenis produk yang mempunyai bahan aktif untuk merawat jerawat pada kulit. Produk ini anda boleh dapati di farmasi ataupun watson berdekatan anda, selain itu anda juga boleh dapatkan kesemua produk ini secara dalam talian iaitu di Shopee Mall dengan klik butang Shopee yang disediakan.

OXY 5 Acne Pimple Medication (Benzoyl Peroxide)

produk hilangkan jerawat

Produk jenama OXY 5 ini adalah produk yang popular dengan ramuan bahan aktif merawat jerawat iaitu Benzoyl Peroxide. Seperti sedia maklum Benzoyl Peroxide ini akan bertindak untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada kulit. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengeringkan lebihan minyak yang terdapat di dalam pori-pori. 

Untuk jenama OXY ini terdapat beberapa jenis Benzoyl Peroxide mengikut peratusannya. Bagi anda yang baru ingin mencuba pastikan anda menggunakan Benzoyl Peroxide pada peratusan yang rendah seperti 2% dahulu. Namun jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunalah dengan betul dan tidak overdos. Rujuk arahan pada label sebelum menggunakan Benzoyl Peroxide.

Safi Acne Solution Corrective Spot Gel (AHA & BHA)

produk hilangkan jerawat

Jika anda ingin mencari bahan AHA & BHA, salah satu produk yang anda boleh gunakan adalah SAFI Acne Solution. Produk yang boleh dibeli di Watson ini mempunyai bahan aktif AHA, berfungsi untuk membersihkan sel kulit mati pada permukaan kulit. 

Manakala bahan aktif BHA pula berfungsi untuk membersihkan liang pori daripada minyak yang berlebihan dan tersumbat. Gabungan AHA & BHA ini bagus untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan tidak boleh menggunakan Benzoyl Peroxide, maka anda boleh menggunakan produk AHA & BHA ini.

NIHON Brightening Face Creme (Retinol)

produk hilangkan jerawat

Bagi anda yang mencari produk yang menggunakan bahan retinol, disini kami kongsikan salah satu jenama popular dari jepun iaitu NIHON, melalui produknya iaitu NIHON Brightening Face Creme. Anda boleh tekan butang Shopee di bawah untuk semakan harga semasa. 

Retinol adalah bahan aktif yang baru dan semakin popular untuk menghilangkan masalah jerawat. Pada asalnya ia adalah bahan yang digunakan untuk menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah. Namun dengan penggunaan yang betul ia juga boleh merawat masalah jerawat pada kulit. 

Selain menghilangkan jerawat, NIHON Brightening Face Creme juga mempunyai bahan yang bagus untuk merawat kulit wajah, antaranya adalah

  • Ascorbic Acid (Vitamin C)
  • Kojic Acid (Menghilangkan Parut)
  • Squalane (Melembapkan Kulit)

Untuk penggunaan retinol ini pastikan anda tidak mencampurkan bersama bahan aktif AHA & BHA. Ini kerana retinol ini juga bersifat exfoliate, jadi ia boleh menyebabkan berlakunya over exfoliate jika digabungkan. 

Selain itu, pastikan anda mencuba produk yang mempunyai peratusan retinol 1% sahaja terlebih dahulu untuk permulaan, ini untuk mengurangkan risiko jika berlakunya kesan sampingan pada kulit.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Tidak ada produk yang boleh menghilangkan jerawat dalam masa satu malam sahaja, cara terbaik untuk merawat jerawat adalah dengan mengenal pasti jenis kulit anda dan bahan aktif manakah yang sesuai untuk anda. Terdapat banyak lagi produk yang mempunyai bahan aktif merawat jerawat ini, tiga produk ini adalah rekomendasi terbaik sebagai rujukan anda. Jika anda masih baru dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan cara rutin skincare, anda boleh terus ke slot Skincare Untuk Jerawat. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top