Table of Contents
Tahukah anda terdapat serum untuk jerawat yang tumbuh di wajah anda? Serum adalah salah satu skincare dalam rutin sincare penjagaan kulit muka. Secara asasnya serum ini adalah tambahan kepada asas skincare iaitu cleanser, toner, moisturizer, dan sunblok. Namun disebabkan penggunaan serum ini kian popular untuk mencantikkan kulit maka ia dijadikan sebagai tambahan yang mesti ada dalam rutin skincare anda.
Dengan adanya bahan aktif yang terbukti mampu untuk menghilangkan jerawat pada kulit, kini terdapat beberapa produk serum yang turut mengandungi bahan aktif ini khusus untuk menghilangkan jerawat. Di dalam slot kali ini kami kongsikan serum terbaik untuk jerawat di Watson untuk memudahkan anda yang sedang mencari.
Serum Untuk Jerawat & Bahan Aktif Rawat Jerawat
Setiap produk skincare mempunyai ciri dan fungsi yang berbeza bergantung kepada masalah kulit dan juga jenis kulit. Rata-rata serum mempunyai kandungan bahan aktif yang tinggi yang mana ia tidak sesuai dijadikan rutin harian jika skincare lain juga mempunyai bahan aktif yang banyak atau sama.
Oleh sebab itu, pastikan anda membaca label arahan yang terdapat di setiap produk skincare anda agar anda tidak mengambil bahan aktif diluar dos kawalan. Jika ini berlaku, anda boleh selangkan penggunaan serum ini untuk setiap 2 hari sekali atau 3 hari sekali sahaja.
Bagi anda yang baru ingin mencuba serum ini, dinasihatkan agar anda mendapatkan serum yang mempunyai bahan aktif paling rendah terlebih dahulu iaitu 2% kebawah sudah memadai. Tidak ada cara dan jumlah bahan aktif yang khusus untuk menghilangkan jerawat melainkan anda perlu cuba sendiri pada kulit anda dengan peratus bahan aktif paling rendah agar tiada kesan sampingan berlaku.
Retinol Serum Di Watsons Malaysia
Terdapat banyak jenis bahan aktif yang digunakan untuk merawat jerawat, antara yang paling popular adalah retinol. Retinol adalah vitamin A @ bahan aktif yang terdapat di dalam produk skincare yang terbukti mempunyai banyak kebaikan untuk kulit wajah.
Kebaikan Retinol Untuk Kulit
Retinol pada asalnya adalah bahan aktif yang digunakan untuk merawat masalah kedutan pada kulit wajah. Namun, kajian demi kajian mendapati retinol ini turut memberi kesan sembuh pada jerawat yang tumbuh di sekitar kawasan permukaan kulit. Sejak itulah ia mula popular sebagai bahan aktif untuk kecutkan jerawat. Berikut adalah beberapa kebaikan retinol untuk kulit.
Khasiat retinol untuk kulit:
- Kurang dan kecutkan jerawat
- Mengawal penghasilan minyak
- Membersihkan liang pori tersumbat
- Kurangkan kedutan dan garis halus
- Menganjalkan kulit
- Cepatkan proses salin kulit
- Membantu hilangkan parut, jerawat, dan jeragat.
Dengan formulasi retinol terbaru di dalam setiap produk, kini semua jenis kulit samada kulit kering, berminyak, mahupon sensitif boleh menggunakan bahan aktif retinol ini. Namun pastikan anda membaca label pada setiap produk serum retinol agar sesuai dengan jenis kulit anda.
Serum Untuk Jerawat Terbaik
Disini kami kongsikan beberapa retinol serum dan krim yang anda boleh dapati di Malaysia. Koleksi serum retinol adalah yang paling terbaik disebabkan ia bukan sahaja mempunyai fungsi untuk merawat jerawat, malah ia juga boleh menghilangkan parut dan membantu kulit untuk menghasilkan kolagen untuk kulit kekal muda.
Jadi penggunaan retinol serum ini juga bagus untuk tujuan merawat masalah seperti parut jerawat, kedutan, dan juga masalah jeragat pada kulit anda. Anda boleh dapatkan serum ini dengan klik pada butang Shopee yang disediakan. Jangan lupa untuk tebus Voucher Shopee Percuma yang terdapat di hujung artikel ini.
The Ordinary Retinol 0.5% in Squalane
Produk The Ordinary tidak asing lagi dalam menghasilkan produk skincare yang berkualiti pada harga mampu beli. Anda juga boleh dapatkan serum yang mempunyai kandungan retinol 0.5% sahaja. Serum ini sangat sesuai bagi anda yang baru ingin mencuba serum untuk jerawat di wajah anda.
Dr Nadz Serum for Acne
Serum keluaran tempatan ini khas untuk merawat masalah jerawat pada kulit anda. Ia mengandungi retinol yang rendah iaitu 1%, sesuai untuk anda yang baru mula mencuba bahan aktif ini pada kulit anda. Bahan-bahan lain yang turut ada di dalam serum ini adalah vitamin C & E. untuk rujukan lanjut boleh terus tekan butang Shopee di bawah ini.
Differin Adapalene Gel 0.1% Acne Treatment (Krim Retinol)
Krim ini mempunyai ramuan khusus untuk merawat masalah kulit berjerawat dan kulit berminyak. Ia adalah ramuan topical retinoid yang turut direkomendasikan oleh pakar dermatologi.
Retinol Correxion Deep Wrinkle Serum
Serum retinol daripada jenama ROC yang bagus untuk kulit jenis berminyak dan berjerawat. Serum ini mempunyai ramuan retinol, vitamin A, vitamin C, vitamin E, dan juga hyaluronic acid. Serum ini juga bagus untuk menjadikan kulit anda lebih awet muda dan cantik.
Drunk Elephant A-Passioni Retinol Cream
Formulasi serum dengan ramuan vegan retinol dan tri-peptide untuk melicin dan menegangkan kulit wajah anda. Ia juga mempunyai fatty acids berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Mempunyai kandungan retinol 1% sesuai untuk anda yang baru mula mencuba produk retinol ini.
Neutrogena Ageless Intensives Anti-Wrinkle Cream
Serum ini adalah salah satu produk rekomendasi dari pakar dermatologi, ia bagus untuk anda yang mempunyai kulit kering dan berjerawat. Kandungan utama serum ini adalah retinol SA dan juga beberapa vitamin untuk kulit sihat.
Paula’s Choice Clinical 1% Retinol Anti-Aging Treatment Serum
Anda mencari serum khusus untuk jerawat? Paula choice adalah salah satu pilihan terbaik anda. Ramuan retinol ini membantu untuk membersihkan sel kulit mati berlebihan pada kulit anda. Vitamin C ini juga bagus untuk menghilangkan parut dan juga keradangan pada kulit.
CeraVe Skin Renewing Retinol Serum
Salah satu retinol serum yang popular di Malaysia, ramuan retinol serum ini boleh menghilangkan parut dan kedutan selain merawat masalah jerawat pada kulit wajah.
Elizabeth Arden Retinol Ceramide Capcules Line Erasing Night Serum
Retinol serum premium yang juga laris di Malaysia, ia dipacking dalam bentuk yang unik iaitu di dalam kapsul bulat untuk sekali juga sahaja. Ia juga menggunakan bahan retinol semulajadi yang bagus untuk kulit wajah.
Murad Retinol Youth Renewal Serum 30ML
Sebuah lagi serum retinol premium yang popular di Malaysia, ia khusus sebagai anti penuaan serum dan juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah jerawat. Ia mengandungi ramuan dua jenis bahan aktif retinol untuk mencepatkan proses rawatan kulit wajah.
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Retinol serum untuk jerawat ini adalah salah satu daripada serum yang mengandungi bahan aktif untuk merawat jerawat. Kami cadangan retinol disebabkan ia turut membantu menghilangkan masalah-masalah lain seperti parut jerawat dan kulit sensitif. Namun pastikan dan membaca setiap arahan pada label sebelum menggunakan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan. Baca artikel seterusnya punca jerawat di muka.