skincare untuk jerawat

Skincare Untuk Jerawat

Rutin skincare untuk jerawat adalah satu cara terbaik untuk menghilangkan jerawat dengan kos yang rendah dan selamat. Hampir kesemua wanita mempunyai rutin penjagaan muka yang berbeza untuk diamalkan setiap hari. Dengan pengunaan produk yang betul, rutin skincare harian ini sebenarnya sudah cukup untuk menyelesaikan masalah jerawat yang tumbuh di permukaan kulit anda. 

Sedia maklum jerawat adalah masalah kulit yang banyak berlaku dalam kalangan warganet. Jerawat yang tumbuh ini boleh mengganggu keyakinan seseorang terutamanya kaum wanita. Oleh itu pastikan anda mempunyai rutih skincare terbaik untuk jerawat yang tumbuh di wajah anda. Di dalam slot ini kami kongsikan semuanya berkenaan skincare dan beberapa produk rekomendasi terbaik untuk anda.

Punca Jerawat Tumbuh & Skincare Untuk Jerawat

Terdapat beberapa punca terjadinya masalah jerawat ini, semua punca ini akan menyebabkan liang pori-pori tersumbat atau mengalami keradangan maka muncullah jerawat di permukaan kulit anda. Sebelum menggunakan produk skincare yang terdapat di Watson atau farmasi, anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti punca jerawat anda. Berikut adalah beberapa punca kulit mengalami masalah jerawat.

Hormon Androgen Tinggi

Jerawat yang berpunca daripada hormon androgen ini biasanya dialami oleh golongan remaja yang meningkat usia. Hormon yang berlebihan ini akan menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan hormon yang berlebihan dan menjadi punca kepada pori-pori tersumbat.

Untuk masalah hormon ini anda boleh mengawal lebihan minyak yang terdapat di permukaan kulit. Salah satu cara berkesan adalah dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser yang sesuai dengan kulit wajah anda. Terdapat beberapa pencuci muka yang kami senaraikan di hujung artikel ini. 

Hormon Kortisol Tinggi

Selain hormon androgen, salah satu hormon yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh adalah hormon kortisol. Hormon kortisol ini akan teransang apabila seseorang berada dalam keadaan stress dan tekanan sepanjang hari. Hormon yang berlebihan ini menyebabkan pori kulit anda cenderung untuk tersumbat dan berlakunya jerawat. 

Diet Tidak Sihat

Punca jerawat di muka seterusnya adalah pemakanan atau diet yang tidak sihat. Sebarang jenis makanan yang boleh meransang peningkatan gula dalam darah boleh menjadi punca kepada jerawat tumbuh. 

Naiknya gula dalam darah ini akan menyebabkan berlakunya masalah insulin dalam badan, semua faktor ini akan menyebabkan jerawat mudah naik dan juga masalah berat badan atau obesiti. Jadi dengan menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang boleh mengawal masalah jerawat pada kulit anda. 

Tabiat Memicit

Ini adalah antara punca jerawat yang ramai tidak sedar, tabiat memicit jerawat ini sebenarnya boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk dan bernanah. Ini terjadi kerana ia boleh menyebabkan bakteria dan kotoran merebak ke bahagian kulit yang lain. 

Selain itu, tabiat memicit jerawat ini juga boleh menyebabkan jerawat yang baru muncul menjadi semakin serius @ keradangan. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk, sedangkan jerawat yang baru tumbuh ini boleh sembuh dengan rutin skincare yang betul.

Skincare Untuk Jerawat Mengikut Jenis Kulit

Bagi anda yang baru kali pertama ingin mengamalkan rutin skincare, disini kami kongsikan rutin asas skincare untuk penjagaan muka dan juga bagus untuk merawat jerawat. Perkongsian ini adalah daripada Pn Mery, pakar dalam kecantikan luaran wanita. Berikut kami kongsikan beberapa produk skincare rekomendasi untuk asas rutin skincare anda. 

Anda boleh membuat pembelian di laman jual beli dalam talian Shopee dengan menekan butang yang disediakan. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang kami sediakan di hujung artikel ini ya.  

Pencuci Muka Terbaik

Rutin skincare yang paling asas adalah pencuci muka atau cleanser. Pencuci muka ini seeloknya pilihlah yang lembut dan sesuai dengan kulit anda. Fungsi pencuci muka ini adalah untuk membersihkan segala jenis minyak, debu, kotoran, dan bendasing yang melekat pada permukaan kulit agar kebaikan skincare seterusnya boleh meresap ke dalam kulit dengan baik dan bersih. Berikut adalah beberapa pencuci muka mengikut keadaan kulit anda.

AIKEN Prebiotic (Kulit kering @ kulit kombinasi)

SIMPLE Refreshing Facial Wash Gel (Kulit berminyak @ kulit kombinasi)

SIMPLE Micellar Facial Gel Wash (Semua jenis kulit)

COSMODERM Cleansing Milk (Kulit kering & kulit sensitif)

Toner

Rutin penjagaan muka seterusnya adalah toner, toner yang terbaik untuk merawat jerawat adalah exfoliating tone atau tonar yang mempunyai agent pengelupasan. Kebaikan utama toner ini adalah ia boleh meresap ke dalam kulit untuk membersihkan lebihan minyak atau bendasing di dalam liang pori yang menyebabkan ia tersumbat. Berikut adalah dua jenis tonar yang anda boleh cuba.

EUCERIN Pro Acne Solution Toner

NUVIT Acne & Blemishes Prevention

Pelembap

Rutin skincare selepas toner adalah pemakaian pelembap atau moisturazer. Pelembap ini berfungsi untuk memberi kelembapan kepada kulit anda agar tidak terlalu kering dan kusam. Pemilihan pelembap mestilah mengikut kondisi kulit agar lebih berkesan dalam merawat jerawat. Berikut adalah beberapa produk yang kami cadangkan.

SIMPLE Water Boost Hydrating Gel (Semua jenis kulit)

NANO WHITE Fresh Mattifying Moisturizer (Kulit berminyak)

AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturizer (Kulit kering & Kombinasi)

Sunblok

Untuk pelindung matahari atau sunblok pula bergantung kepada individu untuk memakainya. Yang pasti sunblok ini wajib untuk anda yang kerap terdedah kepada cahaya matahari dan juga sinaran skrin seperti cahaya skrin telefon, skrin laptop, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa jenis pelindung matahari mengikut jenis kulit anda.

L’OREAL UV Perfect Super Aqua Essence (Kulit kering & kombinasi)

L’OREAL Paris UV Perfect Matte & Fresh (Kulit berminyak & kombinasi) 

BIO ESSENCE Bio Water Hydrating Sunscreen (Kulit kering & sensitif)

Rawatan Jerawat

Jika anda mempunyai jerawat yang sukar untuk sembuh atau jerawat yang kerap tumbuh, terdapat satu rutin skincare yang anda mesti sekalikan di dalam rutin penjagaan kulit muka anda iaitu krim rawatan jerawat. Ubat jerawat ini mempunyai bahan aktif khusus untuk merawat jerawat yang tumbuh, anda hanya perlu sapu pada bahagian jerawat sahaja. Berikut adalah beberapa ubat jerawat yang kami cadangkan.

OXY 5 Acne Pimple Medication (Benzoyl Peroxide)

AIKEN Tea Tree Oil (Tea Tree Oil)

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Skincare untuk jerawat yang kami cadang di atas anda boleh dapatkan secara dalam talian melalui butang Shopee yang kami sediakan. Anda juga boleh tebus voucher percuma yang kami sediakan di atas ini, T&C. 

Pastikan juga anda memilih salah satu sahaja produk yang kami senaraikan mengikut rutin skincare. Terutamanya produk yang perlu untuk anda mengikut kondisi kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, ataupun kulit sensitif. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat di badan, boleh terus ke slot cara hilangkan jerawat badan. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version